Monday, July 28, 2008

Bandar Guangzhaou





Guangzhaou

Terletak di tengah wilayah Guangdong. Ia merupakan ibu kota kepada Guangdong dan merupakan bandar yang menarik bagi Selatan China. Mempunyai 10 daerah dan dua bandar besar. Termasuk Yuexiiu, Haizhu, Tianhe, Baiyun, Huangpu, Huadu, Panyu, Luogang, Nansha District dan Conghua, Bandar Zengcheng. Bandar Guangzhou meliputi kawasan seluas 7434 km persegi dan mempunyai penduduk seramai 10 juta orang. Dipengaruhi oleh iklim monsun tropika. Kehijauannya telah menyebabkan ia lebih dikenali sebagai bandaraya bunga-bungaan.

Guangzhou merupakan salahsatu dari 24 bandar budaya bersejarah di China. Mempunyai sejarah lebih dari 2200 tahun dan merupakan 5 budaya utama Selatan. Ia juga dikenali sebagai `bandarraya Kambing’ tidak berapa lama dulu.

Bandarnya seakan pekan-pekan di Malaysia. Bezanya semuanya tertulis tulisan Cina. Sistem jalanrayanya moden. Kereta dipandu disebelah kiri. Begitu juga dengan arah jalan. Untuk lorong laju sebelah kiri dan untuk perlahan sebaliknya. Waktu serupa dengan Sabah dan Sarawak, lebih cepat 45 minit dari waktu semenanjung Malaysia. Cuaca ada musim panas dan sejuk. Ketika ini beransur sejuk.

Kebanyakan rakyat cina adalah orang yang kuat bekerja dan pantas menyelesaikan kerja. Jarang ternampak muda mudi melepak. Jarang juga ternampak orang yang obesiti. Mereka suka makan sayur dan masakan rebus. Jarang kelihatan orang gemuk. Nisbahnya mungkin 100: 1 berbeda dengan Malaysia setiap 5 orang akan ada 2 orang gemuk atau obesiti. Jarang juga ternampak orang mengandung. Mungkin nisbahnya 50 : 1 sebab Negeri China hanya membenarkan rakyatnya mempunyai seorang anak untuk satu keluarga. Dengan penduduk melebihi 2 billion orang tentu dasar ini sesuai.

Pengangkutan awam adalah bas, teksi dan beca bermotor. Kebanyakan beca bermotor dikendalikan oleh orang kurang upaya yang patah atau lumpuh kaki. Beca diubahsuai untuk keperluan mereka. Traffic light tidak begitu dipatuhi sema seperti setengah-setengah tempat di Malaysia tetapi di China lebih hebat. Pemandu kurang menghormati pejalan kaki. Hon akan dibunyikan setiap waktu ikut suka termasuk di kawasan hospital.

Penerbitan; tiada satupun akhbar berbahasa Inggeris kesemua berbahasa Mandrin. Begitujuga majalah. Kebanyakan orang di sini tidak memahami bahasa asing termasuk bahasa inggeris. Ini meliputi orang awam, pekedai dan pekerja hospital. Kalau adapun bahasa Inggerisnya kurang difahami. Siaran TV 24 jam lebih 20 saluran semua dalam bahasa Manderin. Cuma 15 minit dalam bahasa Inggeris untuk berita saluran khas.

Makanan memang banyak. Kesemuanya berunsurkan sayur dan rebusan. Ada juga yang bergoreng. Banyak kicap digunakan. Ada terdapat restoran Islam diusahakan oleh cina Islam dari Yeng Chang suatu kawasan pertanian berpenduduk agama Islam. Mereka juga ada menjaja roti Nan dan sate kambing di tepi jalan.

Banyak kereta import dari Jepun dan Korea jenis Toyota, Honda, Hyundai dan syarikat KIA Motor. Walaupun jalan raya 4 lorong, namun jalan raya tetap sesak terutamanya dalam waktu puncak.

Sturuktur bangunan kedai dan pejabat adalah moden. Kebanyakan sudah dilengkapi dengan kemudahan untuk orang OKU termasuk jejantas. Harga barangan lebih kurang harga di Malaysia. Nilai wang duakali lebih murah dari ringgit Malaysia.

Budaya orang cina yang kuat bekerja dan pantas menyelesaikan kerja menyebabkan mereka jarang tersenyum ketika bekerja. Ini seakan-akan tidak begitu ramah dengan orang asing.

Orang mencari rezeki dengan berbagai cara. Ada yang jual jagong di tepi jalan, jual kraftangan, barangan terpakai dimerata ruang jalan kaki termasuk di atas jejantas.

Kenderaan lama seperti beca dan gerabak untuk mengangkut barangan masih digunakan termasuk basikal. Terdapat banyak basikal bermotor samaada menggunakan minyak atau beteri. Lorong pejalan kaki biasanya digunakan untuk pengguna basikal.

Puisi 3


Guangzhau

Guangzhau
aku datang membawa kotoran
yang telah lama menyelinap
dalam salur-salur darah
mengecutkan buah pinggangku

Guangzhau yang pemalu
kedatangan yang kau sambut
dengan senyum
membuat aku berbelah bagi
adakah itu pertanda baik
atau mimpi buruk yang bakal menanti

wahai gadis-gadis china yang cantik
betapa aku ingin berbicara
dalam loghatmu yang tak ku fahami
agar kita lebih dekat mengenali
meskipun hanya bertanyakan khabar

aku akan lama di sini
menerima seadanya yang kau beri
sayur segar dan chopstik ditangan
asal saja berhasil pembedahan ini
untuk kembali normal dan siapsiaga

sejujurnya aku masih ragu
benarkah aku yang sedang bertuah ini
di kalangan sekian ramai pesakit
untuk berpeluang beroleh kesihatan
di sini di Guangzhau yang cuba berbakti

setiap dari mu adalah saudaraku
biar sepekat manapun bahasa Chinamu
atau sebeda manapun budayamu
atau sejahat manapun banduan itu
sesungguhnya aku terhutang nyawa padamu

Nan Fang Military Hospital
Guangzau China
20/10/06

Sunday, July 27, 2008

Persiapan sebelum pergi ke Negara China untuk membuat pembedahan

  1. Sediakan wang dan kos yang secukupnya;
    Tambang dengan penerbangan Mas lebih kurang RM 4 hingga 5 ribu pergi dan balik (rujuk MAS). Oleh kerana kita tidak pasti bila jadual penerbangan balik, minta tiket open untuk penerbangan balik atau setelah tiba di China minta tukar open tiket untuk penerbangan balik, jika tidak pihak MAS akan mengenakan denda
  2. Kos pembedahan lebih kurang RM 110,000 hingga 120,000 (lebih baik tukar dalam US Dollar)
  3. Makan minum dan wang saku lebih kurang RM 2,000 hingga 5,000
  4. Pasport antarabangsa (Kos memperbaharui ialah RM 300 orang dewasa 12 tahun ke atas dan RM 150 bagi umur 1 tahun hingga 12 tahun)
  5. Visa (untuk sebulan dengan kos RM 200). Jika tinggal melebihi satu bulan, perbaharui Visa di negara China untuk tempoh 3 bulan lagi setelah tamat tempoh satu bulan.
  6. Pakaian yang secukupnya termasuk baju sejuk (China mempunyai musim sejuk hingga ke 12 darjah – rujuk cuaca)
  7. Bahan Bacaan yang secukupnya (tiada bacaan dalam bahasa Inggeris apalagi Bahasa Malaysia di China)
  8. Peralatan ibadah dan kompas untuk kiblat
  9. Kamus Bahasa Manderin
  10. Dapatkan maklumat secukupnya dari orang yang pernah berada dan menerima rawatan di China;
  11. Dapatkan khidmat pembantu yang fasih berbahasa Manderin;
    Yang berpengalaman menguruskan pesakit ke China
    Yang pernah berada di China
    Yang fasih berbahasa Manderin
    Bincang untuk mendapatkan perkhidmatannya dengan kos yang sesuai.
    Dapatkan maklumat dari orang yang pernah dirawat di China
  12. Bawa bekalan makanan dalam pek seperti Meggi Mee, kopi, milo 3 in one, atau makanan seperti serunding kerana makanan yang ada di China adalah mengikut selera masakan China.
  13. Jika perlu buat roaming telifon untuk berhubung dengan keluarga di Malaysia atau membeli kad telifon di China

Prosedur Pembedahan di Hospital Nan Fang dan Nanning China

  1. Pesakit dikehendaki tinggal di penginapan yang disediakan
  2. Pemeriksaan keseluruhan anggota akan dilakukan meliputi’;
    Pemeriksaan jantung - ECG
    Pemeriksaan buah pinggang- Scan dan Xray
    Ujian darah
    Ujian air kencing dan najis
    Pemeriksaan Endogram – memasukkan kamera dalam perut
    Suntikan anti penisilin untuk memastikan tiada alahan
    Tekanan darah tinggi
  3. Pemeriksaan kesihatan akan dijalankan setiap hari di tempat penginapan bagi mempastikan kita benar-benar sihat sebelum menjalani pembedahan.
  4. Sesi dialisis juga akan dilakukan 3 kali seminggu di pusat dialisis yang disediakan
  5. Sekiranya ada penderma, pihak hospital akan memaklumkan kepada pesakit dan pesakit perlu bersedia dari segi;
    Menjalani ujian darah
    Berpuasa selama 12 jam
    Disuntik untuk mempastikan tiada alahan
    Dibersihkan semua bulu perut dan bawah perut
    Dibersihkan saluran najis dan diberi pil untuk melancarkan najis
  6. Pihak hospital akan menjalankan ujian `cross match’ antara organ penderma dengan group darah penerima.
  7. Sekiranya didapati keserasian mencapai lebih 4 point pembedahan boleh dilaksanakan tetapi jika kurang bermakna tiada keserasian dan pembedahan tidak boleh dibuat walaupun telah ada organ dalam group darah yang sama
  8. Pembedahan dilakukan selama lebih kurang 2 atau 2 jam setengah dibilik pembedahan. Selepas itu pesakit dipindahkan di wad ICU selama tempoh 10 hari.
  9. Sekiranya tiada sebarang komplikasi, pesakit boleh turun ke bilik penginapan selama seminggu untuk pemantauan sebelum dibenarkan keluar wad. Dalam tempoh itu pesakit dikehendaki memakai mask atau penutup hidung untuk mengelakan jangkitan.
    Ubat anti rejection akan diberikan bersama ubat-ubat lain yang utama sepanjang hidup pesakit untuk mempastikan kesihatan berada dalam tahap stabil.
  10. Tempat tinggal mesti bersih dari kuman, dan selama 4 hingga 6 bulan pesakit dimestikan tinggal dan menjauhkan diri dari orang ramai (kurantin) kerana antibody yang lemah dikhuatiri mudah dijangkiti penyakit.

PEMBEDAHAN BUAH PINGGANG KIDNEY TRANSPLANT DI NEGERI CHINA

1. Banyak hospital di Negara China yang menawarkan pembedahan buah pinggang. Antaranya ialah di Selatan China. Saya telah berpengalaman menjalani rawatan dan pembedahan buah pinggang di dua buah hospital iaitu;
a. Hospital Nan Fang di Guangzhau Selatan China
b. Hospital Tentera 303 di Nanning China
2. Hospital Nan Fang suatu ketika dulu dikendalikan oleh pihak tentera dan sejak 2 tahun lalu telah diswastakan. Hospital Tentera 303 di Naning masih sepenuhnya dikendalikan oleh pihak tentera dan menjalankan banyak pembedahan untuk orang awam termasuk dari Malaysia.
3. Sejak diswastakan hospital Nan Fang diuruskan sepenuhnya dengan pengurusan swasta. Ini bermakna pesakit perlu meletakkan deposit bayaran sebelum dibenarkan tinggal dihospital untuk rawatan. Kadar bilik lebih kurang 300 yuen satu hari dan dialisis sebanyak 1300 yuen (RM 500) satu sessi rawatan. Sekiranya dalam tempoh singkat mendapat buah pinggang maka kuranglah perbelanjaan. Kos pembedahan dikenakan sebanyak 140,000 yuen (RM 70,0000). Jika ada penyakit kencing manis kos pembedahan ialah 160,000 yuen (RM 80,000) tidak termasuk rawatan dialisis, penginapan dan perubatan.
4. Secara purata termasuk tambang pergi dan balik ke Guangzhau dengan MAS (RM 4,500), kos keseluruhan dalam tempoh dua bulan boleh mencecah kira-kira RM 110,000 hingga RM120,000
5. Pihak hospital akan meminta bayaran dijelaskan terlebih dahulu sebelum pembedahan dapat dilakukan.
6. Bagi hospital Tentera 303 di Naning, agak mudah dan praktikal. Kos keseluruhan yang dikenakan termasuk penginapan dan perubatan ialah 160,000 yuen (RM 80,000) secara lum sum.
7. Cuma penginapan tidak menyediakan makakan dan minuman.
8. Penerbangan dari KL ke Nan Fang Guangzhau memakan masa 3 jam, sementara ke Nanning memakan masa 4 jam.
9. Kelebihan di Hospital 303 tentera ialah peluang mendapat organ adalah lebih banyak memandangkan pihak kerajaan memberi keutamaan kepada hospital tentera (kerajaan) terlebih dahulu. Selain dari itu para doktor dan jururawat berusaha berbahasa Inggeris berbanding dengan hospital Nan Fang.

Wednesday, July 23, 2008

Kidney Transplant

Regular donor nephrectomy requires a long incision with removal of a rib, to allow the surgeon access to the kidney, blood vessels and ureter. Hospitalization of about 5 days is necessary. Nonetheless, this operation has been performed thousands of times, providing a safe, reliable way of removing the donated kidney.

The new kidney is placed low in the right or left groin area.Diseased kidneys are not removed unless necessary.
Complications
Wound infection is the most common complication other than the procedure, and can usually be treated as an outpatient. Because the operation is performed alongside other organs it is theoretically possible that an injury could occur to one of them. Persistent pain, fever, nausea or vomiting should be reported to the surgeon. Admission and Discharge
Admission takes place two hours before the operation. The operation takes about 3-4 hours. In addition, the time necessary for anesthesia before and after the surgery may be 30-60 minutes. We will call your waiting relatives as soon as the surgery is finished to report on your progress.
You will be allowed to drink a few hours after you wake up and will start light foods the next day. The area of the kidney often slows normal bowel function so return to a normal diet must be cautious. You may be able to go home after 2-3 days, depending on how comfortable you are.


Regular donor nephrectomy requires a long incision with removal of a rib, to allow the surgeon access to the kidney, blood vessels and ureter. Hospitalization of about 5 days is necessary. Nonetheless, this operation has been performed thousands of times, providing a safe, reliable way of removing the donated kidney.


The new kidney is placed low in the right or left groin area.
Diseased kidneys are not removed unless necessary.
Complications
Wound infection is the most common complication other than the procedure, and can usually be treated as an outpatient. Because the operation is performed alongside other organs it is theoretically possible that an injury could occur to one of them. Persistent pain, fever, nausea or vomiting should be reported to the surgeon.


Admission and Discharge
Admission takes place two hours before the operation. The operation takes about 3-4 hours. In addition, the time necessary for anesthesia before and after the surgery may be 30-60 minutes. We will call your waiting relatives as soon as the surgery is finished to report on your progress.
You will be allowed to drink a few hours after you wake up and will start light foods the next day. The area of the kidney often slows normal bowel function so return to a normal diet must be cautious. You may be able to go home after 2-3 days, depending on how comfortable you are.

Tuesday, July 22, 2008

PEMBEDAHAN PEMINDAHAN BUAH PINGGANG

Pembedahan di Malaysia

Ia merupakan kaedah rawatan pemulihan selain hemodialisis dan CAPD.
Pesakit akan dibedah untuk dipasangkan sebelah buah pinggang untuk membolehkannya berfungsi seperti biasa
Perlu ada penderma di kalangan keluarga, seperti adik beradik, isteri, ibu bapa dan saudara mara. Peraturan di Malaysia tidak membolehkan bukan pertalian keluarga mendermakan buah pinggangnya.
Penderma di kalangan ahli keluarga hanya diperlukan sebelah sahaja buah pinggang. Pesakit dan penderma boleh menjalani kehidupan biasa dengan sebelah buah pinggangn sahaja
Penderma akan dikehendaki menjalani ujian kesihatan dan pemeriksaan dan pemantauan selama 6 bulan sebelum dibenarkan mendermakan buah pinggang, bagi mempastikan penderma dan penerima buah pinggang sihat dan tidak menghadapi sebarang komplikasi.
Pembedahan boleh dijalankan di hospital kerajaan dengan percuma sekiranya ada penderma di kalangan ahli keluarga.
Penderma mesti mempunyai group darah yang sama dengan penerima.
Setelah menjalani ujian keserasian (cross match), dan berjaya mencapai keserasian yang tinggi, pembedahan akan dilakukan serentak antara penderma dan penerima
Bagi penderma pembedahan dilakukan untuk mengambil sebelah buah pinggangnya.
Bagi penerima, pembedahan dilakukan untuk memasang sebelah buah pinggang, tanpa membuang dua buah pinggang yang telah rosak.
Setelah selesai pembedahan lebih kurang 6 jam, kedua-dua penderma dan penerima dirawat di ICU untuk pemulihan selama lebih kurang 10 hari.
Selepas itu penerima buah pinggang dikehendaki mengambil ubat anti rejection sepanjang hidupnya dan ubat lain yang diperlukan bagi membolehkan buah pinggang baru dapat diterima oleh sistem badan.
Untuk tempoh selama lebih kurang 4 hingga 6 bulan, penerima tidak digalakkan untuk bergerak bebas, perlu dikurantin, dan perlu memakai topeng `mask’ sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan untuk mengelakkan jangkitan kuman kerana sistem antibody telah dilemahkan bagi membolehkan sistem badan tidak menolak organ baru.
Hospital Selayang dan Hospital HUKM adalah diantara hospital kerajaan yang menjalankan pembedahan pemindahan buah pinggang secara percuma atau dengan kos yang minimum berbanding dengan kos pembedahan di luar negara.
Pesakit perlu mendaftarkan diri untuk disenaraikan sebagai penerima derma organ buah pinggang dari penderma yang dikenalpasti oleh pihak hospital.
Bagi pesakit buah pinggang di Malaysia sekiranya tiada penderma dari kalangan keluarga, mereka mungkin terpaksa menunggu penderma organ dalam tempoh yang agak lama, mungkin sehingga 5 hingga 10 tahun, berbanding dengan negara lain seperti di Singapura, Australia dan New Zealand yang hanya menunggu penderma dalam tempoh lebih kurang 3 hingga 6 bulan. Ini disebabkan budaya menderma organ di kalangan rakyat Malaysia masih belum menjadi amalan walaupun telah terdapat fatwa yang membenarkannya (khususnya di kalangan umat Islam)