mungkinkah selembar daun mampu menutupi dunia yang luas terbentang?, jangankan dunia, menutupi telapak tangan pun sukar. Namun, ketika selembar daun kecil itu menutupi mata kita, maka tertutuplah dunia. Bahawa, bila hati ditutupi fikiran dan peransangka buruk, maka hanya keburukanlah yang terlihat di mana mana, malah dunia yang luas terbentang ini pun kelihatan buruk...maka, bukalah mata, lihat dunia dalam keindahan dan kebaikannya, bukan keburukannya....
Kita pernah "DILUKAI" dan pernah "MELUKAI" dan kerana itu kita BELAJAR tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan menghayati...
Kita pernah "DIBOHONGI" dan pernah "MEMBOHONGI", tapi dari situ kita belajar tentang KEJUJURAN.
Andai kata kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar tentang erti MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu perkara yang masih tetap kita lakukan, iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari esok yang lebih baik.
Apabila JATUH, kita bangun lagi
Apabila KALAH, kita cuba lagi
Apabila GAGAL, kita berusaha lagi,
Sehinggai TUHAN berkata:
" Waktunya sudah tiba untuk kamu kembali kepadaKU
Hidupkan SEMANGAT lebih berkobar, Tetap warnai dunia ini dengan senyuman, saling memaafkan dan sebarkanlah kebaikan...
Saya adalah bekas pesakit buah pinggang yang telah pulih sepenuhnya. Telah menjalani rawatan hemodelisis di hospital kerajaan di Selayang, Pusat Dialisis Tractive BBS, dan berpeluang mendapat rawatan di Hospital Pakar Nan Fang di Guangzao Selatan Cina serta berjaya menjalani pemindahan organ buah pinggang di Hospital Tentera 303 Naning China pada 28hb. Disember 2006.
Segala maklumat, pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang, saya muatkan dalam blog ini untuk kita menafaatkan bersama...
Ini termasuk maklumat tentang penyakit buah pinggang, kaedah rawatan, jenis-jenis ubat, panduan dan cara menghadapi, catatan pengalaman saya semasa rawatan di hospital dalam dan luar negara termasuk pemindahan organ buah pinggang di Negara Cina