Wednesday, March 24, 2010

Cerita Puan Natariah


Puan Natariah dari Sabak Bernam Selangor adalah antara insan terpilih. Dalam usia lewat 50an telah disahkan menginap penyakit buah pinggang. Dietbetis yang dihidapinya buat sekian lama berakhir dengan kegagalan buah pinggang. Yang menarik bukan mengenai penyakit buah pinggang itu. Tetapi ialah tentang betapa Tuhan memilih dia dalam usia 61 tahun untuk mendapat giliran derma buah pinggang.

Sebenarnya dia tidak pernah terpikir untuk mendapat keistimewaan itu. Pastinya doa siang malamnya yang berterusan telah dimakbulkan Tuhan. Walaupun pada awalnya buah pinggang yang didermakan oleh insan mulia itu untuk seorang pesakit muda berusia 20an yang menjadi giliran penerima pertama, tetapi Tuhan menentukan segala-galanya. Satu keajaiban berlaku. Atas sebab tertentu bakal suami pesakit muda itu tidak membenarkan pemidahan buah pinggang dilakukan keatas tunangnya itu. Ini semua kerja Tuhan. Maka dengan penuh tawakkal dan rasa syukur yang tidak terhingga, Puan Natariah menerima pemindahan buah pinggang itu dengan redha.

Sewaktu sama-sama membuat pemeriksaaan kesihatan berkala, saya bertanyakan kepadanya tentang peristiwa yang dialaminya itu. Tiada perkataan lain yang mampu diluahkannya selain bersyukur dengan keajaiban Tuahan dari doa yang berterusan khususnya di dua pertiga malam. Segala yang mustahil akan menjadi kenyataan. Kini beliau menjalani hidup yang penuh bermakna dan berpeluang menambahkan amal ibadah dengan penuh nikmat dan kesyukuran.

Unit Nefroloogi Hospital Selayang

1 comment:

nuyin2u said...

salam, baru hari ni jumpa blog ni. tahun ni tahun ke 6 suami sy menjalani dialisis. Dulu buat kat pusat dialisis traktif, seremban. hmm baca cerita pn natariah, sy dapat rasa mgkin kami belum byk berdoa. usaha, rasanya tiada, dalam fikiran, mgkin bergantung pada dialisis sepanjang hayat. tapi blog tuan dan cerita ini beri sy semangat baru. boleh tuan nyatakan berapa kos transplan yg tuan buat di China tu. Untuk buat transplan, perlu kah penerima dan penderma mempunyai kategori darah yg sama ?