Oleh Shamshul Azree Samshir
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
SAYA berusia 40 tahun. Baru-baru ini, saya disahkan mengidap batu karang ginjal. Soalan saya, apakah rawatan yang dapat dilakukan untuk merawat penyakit ini dan cara mencegahnya?
Apa komen doktor mengenai bedah batin untuk mengeluarkan batu dari buah pinggang?
Bantu Saya
RAWATAN batu buah pinggang sebahagian besarnya bergantung kepada saiz dan jenis batu. Jika batu yang saudara hidapi bersaiz kurang dari 5 milimeter (mm) ia adalah kecil dan tiada rawatan yang perlu diberikan.
Pesakit selalunya digalak untuk meminum air dengan banyak dan selalunya, batu akan keluar dengan sendiri. Ini kerana saluran ureter iaitu saluran yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing mempunyai kapasiti untuk membawa turun batu karang sebesar 6 mm dan ke bawah.
TEKNOLOGI moden mampu mengesan penyakit batu karang dari awal.
Jika lebih besar dari itu, ada kemungkinan batu akan tersangkut dalam saluran ureter. Ini boleh menimbulkan kesakitan dan bengkak pada buah pinggang.
Sekiranya batu karang ginjal bersaiz di antara 1 sentimer (sm) hingga 2 sm, rawatan yang boleh diberi adalah dengan cara rawatan Extra Corporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL).
Kaedah ini adalah menggunakan sejenis alat yang mengeluarkan gelombang yang akan memecahkan batu karang ginjal. Pesakit perlu baring atas alat itu dan gelombang akan diberi secara berkala.
Untuk setiap rawatan, sebanyak lebih kurang 4,000 tembakan akan diberi untuk memecah batu karang. Rawatan ini dilakukan secara pesakit luar dan pesakit akan diberi suntikan ubat penahan sakit semasa proses pemecahan batu karang dilakukan.
Masalah yang sering dialami adalah batu karang tidak pecah sepenuhnya selepas satu sesi rawatan. Sekiranya ini berlaku, buah pinggang perlu direhatkan selama sebulan sebelum sesi kedua bermula.
Had maksimum rawatan dengan cara ini adalah sebanyak empat sesi. Jika batu masih lagi tidak pecah, rawatan lain perlu dibincangkan dengan pesakit. Sekiranya teknik ini berkesan, serpihan batu karang akan keluar bersama dengan air kencing. Kerap kali juga selepas rawatan, air kencing akan bercampur dengan darah tapi keadaan ini akan pulih selepas beberapa hari.
Jika batu karang saudara bersaiz lebih dari 2 sm atau berada pada tempat yang sukar untuk dipecahkan dengan cara ESWL, rawatan pembedahan yang dikenali sebagai Percutaneous Nephrolitotomy perlu dilakukan.
Pembedahan ini membabitkan proses menebuk buah pinggang dari permukaan kulit dan batu karang akan dipecahkan dengan menggunakan alat ultrasound atau Laser.
Pembedahan ini memerlukan pesakit berada dalam wad beberapa hari. Ini kerana pembedahan ini memerlukan pesakit dibius secara umum (general anaesthesia).
Dalam pembedahan jenis ini, dalam kebanyakan pesakit, seluruh batu karang boleh dikeluarkan dan parut selepas pembedahan adalah kecil.
Jika saudara mempunyai masalah gout atau masalah peningkatan asid uric dalam darah, batu karang yang saudara hidapi kemungkinan besar dari jenis asid urik.
Untuk batu karang jenis ini, rawatan yang dikenali sebagai chemolysis boleh diberi. Rawatan chemolysis ini membabitkan pemberian ubat Allopurinol untuk mengurangkan paras uric asid dalam badan dan pemberian ubat urinary alkaliniser seperti URAL untuk menjadikan air kencing beralkali.
Kombinasi ubat ini boleh menghancurkan sebahagian besar dari batu karang ginjal. Ini kerana batu karang dari jenis uric asid adalah lembut dan mudah larut dalam suasana yang beralkali.
Untuk makluman saudara, batu karang ginjal boleh berulang selepas dirawat. Sehubungan itu, bagi mengelak berlakunya pembentukan batu karang, langkah-langkah berikut perlu diambil:
• Minum banyak air kosong. Minum sekurang kurangnya 12 gelas air sehari dan perlu ditingkatkan jika saudara kerap berpeluh atau melakukan aktiviti lasak.
• Kurangkan mengambil minuman seperti kopi, cola dan teh kepada satu atau dua cawan sehari .Ini kerana minuman ini mengandungi kafein dan kafein boleh menyebabkan peningkatan pengkumuhan air dari badan.
• Jika saudara mempunyai masalah uric asid yang tinggi dalam darah, saudara perlu mengurangkan pengambilan daging merah (red meat) organ dalaman seperti otak, paru dan beberapa jenis kekacang.
Saudara, memang ramai orang mendakwa pembedahan batin boleh mengeluarkan batu karang ginjal. Caranya memang kelihatan amat mudah di mana proses pembedahan tidak memerlukan bius dan tidak perlu dimasukkan ke wad.
Sebagai pengamal perubatan moden, saya tidak menggalakkan saudara berjumpa dengan pengamal perubatan seperti ini. Dari pengalaman saya pula, ramai pesakit yang menjalani pembedahan secara batin masih mempunyai batu karang ginjal selepas datang bertemu saya untuk diperiksa.
Atasi Parut Jerawat
11 years ago
6 comments:
doc, sy br d sahkn ada bt karang pd salur kencing...stlh ct scan d h.slayang saiz batu 7mm.....doc bg sy allopurinol 300mg n sy d minta mkn sparuh 1x sehari +serbuk ural kot 3x sehari yg bncuh dgn air......ada kmngkinan bt tu boleh pecah scara mkn ubat tak? sbb doc juga bg date utk buat stent n eswl 1week after psg stent.....sakit tak? sbb doc bgtau rwtn nie day care shj n xperlu warded.....plz bg pndg doc.....mdzam03@yahoo.com
Saya pernah kene.Cuba minum Ural 3-4 peket sehari. Stop mkn mknan seafood. Dan sy minim air o yg byk. Dan ketika buang air.mencangkung ..jgn berdiri. Bernasib baik Batu akn hancur Dan keluar melalui pundi kencing...
Tanda2 die ape ye?
Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.
Sy da msuk stent...tnggu buln dpn nk buat eswl..siapa ada pnglaman eswl
Post a Comment