Tuesday, March 8, 2011

Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Buah Pinggang

Tekanan Darah Tinggi Yang Tidak Dikawal Akan Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang Yang berkekalan

Buah pinggang memainkan peranan utama dalam mengawal tekanan darah ke tahap yang normal.Walaubagaimana pun,tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan merosakkan pembuluh darah di buah pinggang.Keadaan ini akan menyebabkan buah pinggang anda mengalami kerosakan.

Tekanan darah adalah ukuran daya kekuatan darah terhadap dinding pembuluh darah.Jika tekanan darah kekal berada dalam keadaan lebih tinggi dari biasa,maka ianya di sebut tekanan darah tinggi atau hipertensi.Peningkatan cecair dalam darah dan saluran darah tersumbat juga boleh meningkatkan tekanan darah.

Tekanan darah tinggi yang berkekalan akan menyebabkan jantung anda bekerja keras dan akhirnya akan menjadikan pembuluh darah yang membawa darah ke seluruh tubuh akan rosak.Kerosakan pembuluh darah di buah pinggang akan menyebabkan ketidakmampuannya untuk mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan dan cecair tambahan dari tubuh.

Tekanan darah tinggi juga merupakan punca utama kepada berlakunya kegagalan buah pinggang atau di kenali sebagai End Stage Renal Disease(ESRD).Mereka yang mempunyai masalah ini perlu menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk meneruskan kehidupan.

Bacaan terbaik yang mesti anda kekalkan untuk menjaga tekanan darah anda terutamanya jika anda mempunyai masalah buah pinggang ialah 130/80.

Tanda Dan Gejalanya

Tekanan darah tinggi pada kebiasaannya tidak mempunyai apa-apa tanda atau gejala yang menunjukkan anda mempunyai tekanan darah tinggi.Kebanyakannya langsung tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi.Ini kerana mereka langsung tidak mengalami apa-apa tanda.Dan ada sesetengahnya pula akan mengalami sakit kepala.

Sesetengahnya hanya akan mengetahui bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi setelah berlakunya beberapa jenis penyakit seperti stroke,penyakit jantung atau kerosakan buah pinggang.

Satu cara untuk mengetahui apakah tekanan darah anda tinggi dari yang sepatutnya adalah dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah yang dilakukan oleh mereka yang pakar.

Saya syorkan anda beli alat untuk memeriksa tekanan darah anda.Ianya ada dijual di farmasi-farmasi di tempat anda.Dengan alat ini anda boleh memeriksanya sendiri dan lebih kerap.

No comments: