Tuesday, March 8, 2011

Struktur Buah Pinggang dan Fungsinya

Buah pinggang adalah organ penting yang mempunyai banyak fungsi.Ia memberikan gambaran bahagian-bahagian dari saluran kencing dengan label yang menunjuk ke buah pinggang,ureter, dan juga pundi kencing.Ia juga akan memastikan yang tubuh kita bersih dari sebarang toksin.Selain itu fungsi buah pinggang juga adalah untuk mengimbangi bahan kimia yang berbeza di dalam tubuh.


Satu lagi fungsi penting buah pinggang anda ialah menjaga tekanan darah dan juga jumlah sel darah merah.Adalah penting untuk anda memahami fungsi buah pinggang anda di mana dengan itu anda juga akan tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan anda.

Buah pinggang adalah dua organ yang berbentuk seperti kacang yang terletak di bawah tulang rusuk dan setiap satunya di sisi tulang belakang.Saiz organ ini adalah sebesar genggaman tangan anda.Buah pinggang sebelah kanan terletak rendah sedikit dari sebelah kiri kerana hati telah mengalihkannya ke bawah.Sila lihat gambar sebelah kiri anda untuk lebih jelas tentang kedudukan tersebut(sumber gambar di sini).

Buah pinggang adalah organ yang paling penting di dalam sistem perkencingan anda.Ia akan memproses sekitar 200 liter darah setiap hari dan menapis keluar sekitar 2 liter air dan sisa-sisa buangan.Air yang berlebihan dan sisa-sisa buangan ini terdiri daripada urin,yang mengalir melalui satu tiub sempit yang dipanggil ureter.Dari ureter,urin akan mengalir ke pundi kencing.Di situ kandungan urin tadi akan disimpan sehingga anda membuangnya sebagai air kencing.

Di dalam setiap satu buah pinggang terdapat sekitar 1 juta struktur penapisan kecil yang disebut nefron.

Setiap nefron pula terdapat glomerulus dan juga tubul.Tubul ialah tabung urin kecil untuk mengumpulkan nefron kecil(sumber gambar klik di sini).

Pada awalnya tubuh anda akan menerima kombinasi bahan buangan dan bahan kimia yang masih boleh digunakan oleh tubuh.Antara bahan kimia ialah natrium,fosturus dan kalium.Jika tubuh anda kekurangan salah satu bahan kimia tadi,buah pinggang akan melepaskan semula bahan kimia tersebut ke dalam darah untuk mengekalkan tahap normal.

Dan jika bahan kimia tadi berlebihan di dalam darah,maka buah pinggang akan mengeluarkannya dan menjadi sebahagian daripada urin untuk dibuang sebagai air kencing.Ini adalah cara bagaimana buah pinggang anda mengekalkan tahap normal bahan kimia di dalam tubuh anda.Keseimbangan yang tepat sangat diperlukan untuk hidup,dan kandungan yang berlebihan juga akan mendatangkan bahaya.

Beberapa hormon yang dihasilkan oleh buah pinggang membantu untuk mengekalkan keseimbangan dalam tubuh.Antara hormon yang dikeluarkan ialah erythropoietin, renin, dan calcitriol.

•Erythropoietin atau EPO berfungsi untuk merangsang tulang sum-sum untuk menghasilkan sel darah merah.

•Renin berfungsi untuk menetapkan tekanan darah.

•Calcitriol-satu bahan aktif berbentuk vitamin d,berfungsi untuk menjaga kalsium untuk tulang dan untuk keseimbangan kimia yang normal dalam badan.

Jika buah pinggang anda gagal untuk berfungsi,ini akan menyebabkan terkumpulnya sisa toksin di dalam badan.Maka ketika ini anda memerlukan rawatan dialisis untuk membuang racun-racun ini.

2 comments:

Unknown said...

sy pnah kencing berdarah smasa umor 16 tahun..sy pernah brjmpa doktor dan dberi ubat..slpas itu kncing brdarah sy dah x da..tp skg sy slalu sakit di bahagian belakng..dekat pinggang..adakah ini tanda batu karang?tq..

Unknown said...

sy pnah kencing berdarah smasa umor 16 tahun..sy pernah brjmpa doktor dan dberi ubat..slpas itu kncing brdarah sy dah x da..tp skg sy slalu sakit di bahagian belakng..dekat pinggang..adakah ini tanda batu karang?tq..