Tuesday, March 8, 2011

Kegagalan Buah Pinggang Akut

Terima kasih saya ucapkan kerana masih setia untuk membaca artikel-artikel terbaru di blog ini ini.Pernahkah anda dengar kegagalan buah pinggang akut?

Kebiasaannya kegagalan buah pinggang terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1.Kegagalan jenis akut

2.Kegagalan jenis kronik

Dalam artikel kali ini saya hanya akan menyentuh tentang kegagalan dari jenis yang pertama iaitu akut.Kegagalan buah pinggang jenis akut atau dikenali sebagai ‘Acute Renal Failure’ (ARF),ialah suatu keadaan di mana fungsi buah pinggang berhenti secara tiba-tiba dan sementara.

Kebiasaannya,buah pinggang berfungsi untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari darah dan meletakkannya di dalam urin untuk dikeluarkan dari tubuh sebagai air kencing.Namun,apabila berlakunya kerosakan,buah pinggang tidak lagi dapat melakukan fungsi tersebut dan akan menyebabkan sisa-sisa buangan tersebut berkumpul di dalam darah.

Kegagalan buah pinggang jenis akut ini boleh menjadi punca utama kepada hilangnya fungsi buah pinggang secara kekal,iaitu keadaan yang dipanggil sebagai penyakit buah pinggang tahap akhir,sekiranya ia tidak dirawat.Tetapi jika buah pinggang tidak rosak,ia akan menjadi sebaliknya.

Apakah punca kegagalan buah pinggang akut?

Punca kepada kegagalan buah pinggang akut ialah:

•Kemalangan yang melukakan buah pinggang atau hentaman yang kuat dan terus kepada buah pinggang.

•Kehilangan darah dalam jumlah yang banyak.Setiap kecederaan yang menyebabkan kehilangan darah yang banyak akan memberhentikan sementara fungsi buah pinggang.Tetapi apabila bekalan darah diadakan kembali,fungsi buah pinggang akan kembali normal.

•Ubat-ubatan dan juga sisa toksik.

•Penyakit buah pinggang seperti sindrom uremik hemolitik dan juga sindrom nefrotik.

Apakah tanda dan gejalanya?

Gejala kegagalan buah pinggang akut boleh berubah-ubah,bergantung kepada punca dan penyebabnya.Tanda-tandanya termasuklah:

•Kemerosotan pengeluaran urin.

•Berlaku pembengkakan di sekitar mata,perut dan juga badan.

•Protinuria,iaitu terdapatnya protin di dalam air kencing.

•Pucat

•Keletihan

•Mengantuk

Kegagalan buah pinggang jenis akut boleh menyebabkan komplikasi dan juga beberapa gangguan serius.Anda perlu berjumpa doktor dengan segera anda atau ahli keluarga mengalami pendarahan yang luar biasa,keletihan yang melampau,anggota menjadi bengkak atau berkurangnya pengeluaran urin.

Apakah pilihan rawatan yang ada untuk kegagalan buah pinggang akut?

Rawatan untuk penyakit ini adalah bergantung kepada penyebabnya.Sebagai contoh,menggantikan darah yang hilang akibat dari pendarahan yang teruk melalui pemindahan darah.Walaubagaimanapun,dalam beberapa kes yang teruk,rawatan dialisis terpaksa dilakukan untuk mengambil alih sementara tugas buah pinggang untuk menapis darah.Perkara ini dilakukan bertujuan untuk membantu mempercepatkan kesembuhan pada buah pinggang.Dialisis adalah satu cara untuk mengeluarkan bahan-bahan buangan dan air yang berlebihan dari darah pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang akut.

Macam-macam rupanya ye pembaca sekalian penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang ini.Harapannya agar kita semua akan diberikan kesihatan oleh Allah dari sebarang penyakit.Selain berdoa,anda juga perlu berusaha agar dijauhi dari segala penyakit.Caranya adalah dengan menambahkan lagi pengetahuan tentangnya.Jadi daftarkanlah emel anda di blog ini untuk memastikan agar anda tidak akan ketinggalan segala informasi terkini

No comments: