TIDAK seperti pesakit buah pinggang lain, masalah buah pinggang polisistik iaitu kewujudan sista pada ginjal menyebabkan ia membesar seperti dialami Siti Hanim Jamil, 64, lebih bersifat warisan.
Redha dengan kecelaruan genetik yang diwarisi secara turun temurun melalui ibunya, Siti Hanim teguhkan hati, menyerahkan dirinya kepada Allah SWT dan mempercayai sepenuhnya kepakaran sepasukan pegawai perubatan di Hospital Selayang.
Tanggal 25 Disember 2009, Siti Hanim selamat menerima pemindahan buah pinggang yang didermakan anak sulung yang juga wira hatinya, Razman Omar.
“Semua adik beradik saya mengalami buah pinggang polisistik. Adik lelaki bongsu saya sendiri sudah menderita masalah buah pinggang selama 10 tahun dan masih bergantung pada mesin dialisis,” cerita ibu lima anak yang menderita masalah buah pinggang selama empat tahun dan terpaksa bergantung pada mesin dialisis selama dua tahun.
Bercerita mengenai pengalamannya, bekas Eksekutif Pembangunan Pemasaran ini mengakui pendedahan, pendidikan awal dan sikap terbukanya terhadap pendermaan dan pemindahan organ menjadikan diri dan keluarganya tidak pernah culas dengan temujanji doktor. Pada masa sama, Siti Hanim menjaga disiplin pemakanan dan mematuhi semua nasihat pakar.
“Saya percaya sepenuhnya pada qada dan qadar tuhan dan nasihat doktor saya. Ia cukup penting kerana biasanya mereka yang mengalami masalah buah pinggang adalah pesakit yang tidak mengikut nasihat doktor dan mengambil ‘sikap tidak apa’ kerana tidak merasa sakit.
“Padahal lama kelamaan ia membawa kepada maut, lebih-lebih lagi jika pesakit turut mengalami kencing manis, pengawasan tahap gula sangat penting,” katanya.
Seperkara lagi, Siti Hanim mengalami tekanan darah tinggi sejak berusia 17 tahun lagi. Ketika itu, tiada siapa menyangka ia ada kena mengena dengan buah pinggangnya. Hanya selepas ibunya mengalami sakit teruk 30 tahun lalu dan dibawa ke hospital, barulah mereka menyedari keadaan sebenar yang dialami keluarga itu.
“Biarpun kami mewarisi penyakit ini dari ibu, ia tidak pernah menghalang kami dari menjalani kehidupan normal dan sempurna,” katanya.
Malah, Siti Hanim yang sentiasa ditemani anaknya, Sofina yang juga penghidap ginjal polisistik, masih bekerja sehinggalah buah pinggangnya gagal berfungsi ketika usianya mencapai 60 tahun.
Pengalaman abang iparnya yang menjalani pemindahan buah pinggang diderma adiknya di Australia, membuatkan keluarga Siti Hanim terbuka dalam soal derma organ. Malah sebelum meneruskan rancangan untuk melakukan pemindahan organ, Siti Hanim dan anak-anaknya menjadi pengikrar pendermaan organ berdaftar.
“Secara peribadi, apabila kita bercakap mengenai pemindahan organ, ramai orang gerun dan takut untuk memberi termasuk menerima organ biarpun sudah ada penderma. Saya percaya kekuatan itu datang dari rasa yakin dan percaya kepada doktor anda,” tambahnya mengakui Hospital Selayang adalah hospital transplan terbaik di Malaysia dan setanding dengan kepakaran antarabangsa.
Setiap kali berpeluang bertemu pesakit lain ketika berulang alik ke hospital untuk dialisis, Siti Hanim selalu menerangkan kepada mereka jika ada adik beradik atau saudara mara yang kurang jelas mengenai pemindahan organ beliau sanggup meluangkan masa untuk menjelaskan.
“Ramai tidak tahu pembedahan ini sangat berjaya dan selamat malah pesakit boleh menjalani kehidupan normal. Anak lelaki saya yang menderma buah pinggang juga sangat aktif dan sihat selepas pembedahan itu, malah terlalu sibuk dengan kerja dan semakin nakal,” ceritanya sambil ketawa.

2 comments:
Salam Tuan,
Sy adalah pesakit buah pinggang kronik dah masuk tahap 5 sbb bacaan egfr sy ialah 15 . sy amat takut dan tidak ingin dialisis. Sy rasa tiada cara lain dh utuk rawat buag pinggang sy yg dh rosak ini.. Boleh Tuan publish email Tuan di blog cth. aaaa@ gmail.com ? sy telah cuba klik email tuan di " About Me " Vie my complete profile tp rupa nya guna outlook software yang sy x biasa guna so x leh nk buka alamat email tu . tq
Sedikit perkongsian info
Untuk amalan harian, boleh juga anda cuba minum air barli secara harian. Ia amat berkhasiat di mana selain membantu memelihara kesihatan buah pinggang, ia juga dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, melawaskan kencing dan membantu sistem penghadaman.
Jika dah cuba nanti, boleh kongsi di sini jika ada apa-apa perubahan yang positif setelah anda mengamalkannya...Insya Allah
Post a Comment