Wednesday, August 20, 2008

Catatan 11/10/06

11/10- Rabu

Seharian saya uruskan semua persiapan. Dalam keadaan kesihatan yang kurang baik, saya dan isteri ke Pejabat imigresen Shah Alam hidupkan pasport. Dalam keadaan berpinar-pinar, pening dan loya dan muntah, terpaksan digagahi untuk uruskan dokumen peribadi. Nasib kurang baik, dalam perjalanan ke Shah Alam mengalami kemalangan dengan penunggangg motosikal di bulatan Selayang. Tak sangka yang saya langgar tu pekerja bengkel kereta tempat saya selalu hantar kereta di Selayang.

Dalam masa yang sama Kelab Kebajikan Majikan saya Kementerian Belia dan Sukan melantik kawan baik dan rakan sekerja Hj Suhaimi untuk mengiringi dan menguruskan dokumen perjalanan serta urusan cuti, sumbangan kelab keluarga, borang kebenaran keluar negara dll. Saya uruskan persiapan dialisis di china dan minta pusat dialisis selayang sediakan report tentang rekod dialisis. Juga memaklumkan keluarga tentang pemergianku ke China. Mereka semua terkejut dan bersyukur serta mendoakan keselamatan pergi dan balik.

Saya terhutang budi dengan ramai orang termasuk semua rakan-rakan sekerja seluruh negara yang bukan saja menghulurkan sumbangan, malah mendoakan keselamatan dan kejayaan pembedahan di Cina. Mereka adalah rakan-rakan yang anggap sebagai sahabat sejati, dan saya anggap sebagai saudara dan keluarga sendiri. Mereka tak putus-putus bermunajat, solat hajat dan mendoakan keselamatan saya dengan rela dan ikhlas. Saya sangat terharu dengan pengorbanan semua sahabat handai, rakan sekerja seluruh negara yang memberi sokongan moral dan kewangan samaada secara langsung atau melalui telifon atau sms. Semuanya itu memberikan kekuatan dan keyakinan yang tinggi untuk saya menjalani pembedahan di China.


Pengajaran:

1. Jika kita mahu dibantu di ahirat, dibimbing dan dipandu oleh pembantu dengan layanan kelas pertama, maka di dunia hendaklah kita banyak beramal dan membantu orang dan banyakkan membuat kebajikan, nescaya di ahirat kita sentiasa dibantu dan mendapat layanan kelas pertama

2. Berniat untuk membuat kebaikan sudah mendapat pahala. Sebenarnya dengan berniat dan berazam, Tuhan telah memberikan jalan dan juga tenaga kearah mencapai niat tersebut. Kekuatan minda dan roh yang mantap akan membantu mempercepatkan tercapainya niat baik tersebut

No comments: