Monday, August 11, 2008

DETIK PENCARIAN BUAH PINGGANG DI CHINA

Kali pertama mendengar rawatan pembedahan buah pinggang di Negeri China adalah ketika mula mendapat maklumat awal mengenai penyakit buah pinggang di Hospital Selayang. Ketika itu Dr. Gan unit Nufrologi memberi pilihan samaada mendapatkan penderma buah pinggang di kalangan adik beradik, menunggu penderma awam atau mendapatkan penderma di India atau di China. Sejak itu saya tak pernah terfikir untuk mendapatkan derma organ memandangkan terpaksa menunggu lama dan tidak akan mampu membiayai kos mendapatkan organ di luar negara yang kosnya mencecah ratusan ribu ringgit.

Setelah mendapatkan rawatan dialisis di hospital Selayang dan Pusat Dialis Traktif Selayang selama 6 bulan, detik yang mengubah segala-galanya bermula pada 4hb Oktober 2006 jam 10.00 pagi. Dari detik itu bermulalah catatan perjalanan saya ke Negeri China.

No comments: