Monday, July 28, 2008

Bandar Guangzhaou





Guangzhaou

Terletak di tengah wilayah Guangdong. Ia merupakan ibu kota kepada Guangdong dan merupakan bandar yang menarik bagi Selatan China. Mempunyai 10 daerah dan dua bandar besar. Termasuk Yuexiiu, Haizhu, Tianhe, Baiyun, Huangpu, Huadu, Panyu, Luogang, Nansha District dan Conghua, Bandar Zengcheng. Bandar Guangzhou meliputi kawasan seluas 7434 km persegi dan mempunyai penduduk seramai 10 juta orang. Dipengaruhi oleh iklim monsun tropika. Kehijauannya telah menyebabkan ia lebih dikenali sebagai bandaraya bunga-bungaan.

Guangzhou merupakan salahsatu dari 24 bandar budaya bersejarah di China. Mempunyai sejarah lebih dari 2200 tahun dan merupakan 5 budaya utama Selatan. Ia juga dikenali sebagai `bandarraya Kambing’ tidak berapa lama dulu.

Bandarnya seakan pekan-pekan di Malaysia. Bezanya semuanya tertulis tulisan Cina. Sistem jalanrayanya moden. Kereta dipandu disebelah kiri. Begitu juga dengan arah jalan. Untuk lorong laju sebelah kiri dan untuk perlahan sebaliknya. Waktu serupa dengan Sabah dan Sarawak, lebih cepat 45 minit dari waktu semenanjung Malaysia. Cuaca ada musim panas dan sejuk. Ketika ini beransur sejuk.

Kebanyakan rakyat cina adalah orang yang kuat bekerja dan pantas menyelesaikan kerja. Jarang ternampak muda mudi melepak. Jarang juga ternampak orang yang obesiti. Mereka suka makan sayur dan masakan rebus. Jarang kelihatan orang gemuk. Nisbahnya mungkin 100: 1 berbeda dengan Malaysia setiap 5 orang akan ada 2 orang gemuk atau obesiti. Jarang juga ternampak orang mengandung. Mungkin nisbahnya 50 : 1 sebab Negeri China hanya membenarkan rakyatnya mempunyai seorang anak untuk satu keluarga. Dengan penduduk melebihi 2 billion orang tentu dasar ini sesuai.

Pengangkutan awam adalah bas, teksi dan beca bermotor. Kebanyakan beca bermotor dikendalikan oleh orang kurang upaya yang patah atau lumpuh kaki. Beca diubahsuai untuk keperluan mereka. Traffic light tidak begitu dipatuhi sema seperti setengah-setengah tempat di Malaysia tetapi di China lebih hebat. Pemandu kurang menghormati pejalan kaki. Hon akan dibunyikan setiap waktu ikut suka termasuk di kawasan hospital.

Penerbitan; tiada satupun akhbar berbahasa Inggeris kesemua berbahasa Mandrin. Begitujuga majalah. Kebanyakan orang di sini tidak memahami bahasa asing termasuk bahasa inggeris. Ini meliputi orang awam, pekedai dan pekerja hospital. Kalau adapun bahasa Inggerisnya kurang difahami. Siaran TV 24 jam lebih 20 saluran semua dalam bahasa Manderin. Cuma 15 minit dalam bahasa Inggeris untuk berita saluran khas.

Makanan memang banyak. Kesemuanya berunsurkan sayur dan rebusan. Ada juga yang bergoreng. Banyak kicap digunakan. Ada terdapat restoran Islam diusahakan oleh cina Islam dari Yeng Chang suatu kawasan pertanian berpenduduk agama Islam. Mereka juga ada menjaja roti Nan dan sate kambing di tepi jalan.

Banyak kereta import dari Jepun dan Korea jenis Toyota, Honda, Hyundai dan syarikat KIA Motor. Walaupun jalan raya 4 lorong, namun jalan raya tetap sesak terutamanya dalam waktu puncak.

Sturuktur bangunan kedai dan pejabat adalah moden. Kebanyakan sudah dilengkapi dengan kemudahan untuk orang OKU termasuk jejantas. Harga barangan lebih kurang harga di Malaysia. Nilai wang duakali lebih murah dari ringgit Malaysia.

Budaya orang cina yang kuat bekerja dan pantas menyelesaikan kerja menyebabkan mereka jarang tersenyum ketika bekerja. Ini seakan-akan tidak begitu ramah dengan orang asing.

Orang mencari rezeki dengan berbagai cara. Ada yang jual jagong di tepi jalan, jual kraftangan, barangan terpakai dimerata ruang jalan kaki termasuk di atas jejantas.

Kenderaan lama seperti beca dan gerabak untuk mengangkut barangan masih digunakan termasuk basikal. Terdapat banyak basikal bermotor samaada menggunakan minyak atau beteri. Lorong pejalan kaki biasanya digunakan untuk pengguna basikal.

No comments: