Sunday, July 27, 2008

PEMBEDAHAN BUAH PINGGANG KIDNEY TRANSPLANT DI NEGERI CHINA

1. Banyak hospital di Negara China yang menawarkan pembedahan buah pinggang. Antaranya ialah di Selatan China. Saya telah berpengalaman menjalani rawatan dan pembedahan buah pinggang di dua buah hospital iaitu;
a. Hospital Nan Fang di Guangzhau Selatan China
b. Hospital Tentera 303 di Nanning China
2. Hospital Nan Fang suatu ketika dulu dikendalikan oleh pihak tentera dan sejak 2 tahun lalu telah diswastakan. Hospital Tentera 303 di Naning masih sepenuhnya dikendalikan oleh pihak tentera dan menjalankan banyak pembedahan untuk orang awam termasuk dari Malaysia.
3. Sejak diswastakan hospital Nan Fang diuruskan sepenuhnya dengan pengurusan swasta. Ini bermakna pesakit perlu meletakkan deposit bayaran sebelum dibenarkan tinggal dihospital untuk rawatan. Kadar bilik lebih kurang 300 yuen satu hari dan dialisis sebanyak 1300 yuen (RM 500) satu sessi rawatan. Sekiranya dalam tempoh singkat mendapat buah pinggang maka kuranglah perbelanjaan. Kos pembedahan dikenakan sebanyak 140,000 yuen (RM 70,0000). Jika ada penyakit kencing manis kos pembedahan ialah 160,000 yuen (RM 80,000) tidak termasuk rawatan dialisis, penginapan dan perubatan.
4. Secara purata termasuk tambang pergi dan balik ke Guangzhau dengan MAS (RM 4,500), kos keseluruhan dalam tempoh dua bulan boleh mencecah kira-kira RM 110,000 hingga RM120,000
5. Pihak hospital akan meminta bayaran dijelaskan terlebih dahulu sebelum pembedahan dapat dilakukan.
6. Bagi hospital Tentera 303 di Naning, agak mudah dan praktikal. Kos keseluruhan yang dikenakan termasuk penginapan dan perubatan ialah 160,000 yuen (RM 80,000) secara lum sum.
7. Cuma penginapan tidak menyediakan makakan dan minuman.
8. Penerbangan dari KL ke Nan Fang Guangzhau memakan masa 3 jam, sementara ke Nanning memakan masa 4 jam.
9. Kelebihan di Hospital 303 tentera ialah peluang mendapat organ adalah lebih banyak memandangkan pihak kerajaan memberi keutamaan kepada hospital tentera (kerajaan) terlebih dahulu. Selain dari itu para doktor dan jururawat berusaha berbahasa Inggeris berbanding dengan hospital Nan Fang.

No comments: