Hidup anda akan mengalami sedikit kesukaran apabila menghidapi penyakit buah pinggang, namun anda masih boleh hidup sehat. Ambillah beberapa langkah terbaik untuk menghadapi sebarang perubahan. Di bawah ini disenaraikan 20 tips untuk membantu anda menjalani hidup lebih sihat dan bermakna;
- Pelajari semua mengenai penyakit buah pinggang terutama mengenai keadaan kesihatan diri anda. Bekerjasama dengan keluarga yang dapat membantu anda untuk mencari maklumat yang secukupnya tentang keadaan diri anda. Buatlah yang terbaik untuk diri anda termasuk mendapatkan maklumat tentang diri anda, banyakan bertanya, menghadiri ceramah dari tape atau video atau membaca risalah tentang penyakit buah pinggang.
- Percaya bahawa anda boleh melakukannya. Fikirkan dengan tenang akan cabaran yang bakal diharungi. Dapatkan sokongan dan bantuan maklumat yang akan membantu anda hidup lebih bermakna
- Pelajari tentang perubatan anda, pengambilan ubat yang betul, nama ubat dan kandungan serta tujuan pengambilan ubat tersebut. Dalam keadaan tertentu perubatan seperti jenis-jenis ubat tekanan darah tinggi boleh memperlahankan masalah penyakit buah pinggang.
- Rujuk kepada doktor apa yang terbaik untuk anda.
- Ikuti keputusan-keputusan ujian makmal sekerap mungkin dan pelajari keputusannya. Sementara para doktor menjalani ujian ke atas anda, pastikan anda juga lebih memahami tentang keadaan diri anda.
- Ambil berat dan buat sesuatu perkara. Sekiranya anda tidak faham sesuatu, atau merasa ada yang tidak kena, beritahu segera, maklumkan kepada doktor, banyakkan bertanya, cari jalan untuk memperbaiki keadaan kesihatan diri anda.
- Dapatkan maklumat tentang tanda-tanda penyakit dari keadaan penyakit anda. Setengah-setengah masalah boleh dirawat dan membolehkan anda lebih bertenaga dan merasa lebih sihat.
- Dapatkan nasihat pakar pemakanan sebagai panduan. Ikutinya seboleh mungkin dan ia berkesan
- Lakukan senaman mengikut jadual dan kemampuan.
- Lakukan pekerjaan harian. Jika perlu mengambil cuti, sesuaikan dengan keadaan, cuba bekerja sepenuh masa atau sambilan. Jadikan pekerjaan sebagai cara terbaik untuk lebih aktif. Jangan lupa untuk mendapatkan insuran kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga ketika diperlukan
- Kaji dengan telili tentang insuran kesihatan yang terbaik untuk anda, serta perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat insuran yang anda langgani.
- Cuba capai matlamat keputusan tekanan darah tinggi yang terbaik bagi diri anda dan kekalkannya. Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko penyakit buah pinggang.
- Sekiranya anda mengalami penyakit kencing manis, pengawalan tahap gula dalam darah dapat membantu mengurangkan risiko penyakit buah pinggang.
- Berhati-hati tentang masalah komplikasi dari penyakit buah pinggang termasuk radang paru-paru, kekurangan darah, penyakit tulang, penyakit jantung, paru-paru berair, kandungan garam berlebihan dan lain-lain. Kesemua itu boleh dikesan melalui ujian dan anda boleh mengelakkannya sekiranya anda berusaha mempelajari dan memahami.
- Sekiranya buah pinggang anda telah rosak, buatlah keputusan samada untuk membuat pembedahan buah pinggang dan menunggu senarai untuk mendapatkan penderma atau mencari jalan lain untuk mendapatkan penderma.
- Lawatilah pusat-pusat dialisis untuk lebih memahami tentang rawatan hemodialisis. Dapatkan nasihat atau maklumat dari unit dialisis dihospital berdekatan.
- Sekiranya anda telah menjalani rawatan dialisis, ikuti segala arahan doktor. Berilah kerjasama sepenuhnya kepada pihak hospital atau pusat rawatan dialisis. Ikuti segala keputusan, tahap darah, dan tahap kesihatan dari pusat rawatan tersebut. Dapatkan maklumat tentang bagaiamana untuk memperbaiki lagi tahap kesihatan anda.
Sekiranya anda telah menjalani pembedahan buah pinggang, patuhi segala jadual pengambilan ubat. Awasi segala tanda jangkitan, komplikasi atau lain-lain penyakit yang datang. - Ambil berat tentang keadaan emosi anda. Beri masa yang secukupnya untuk menyesuaikan diri. Mungkin anda akan mengalami kecelaruan dari segi perasaan tentang masa depan atau perubahan keadaan hidup dan hubungan dengan orang ramai. Adalah perkara biasa untuk sesorang mengalami saat-saat tidak menyenangkan.
- Mintalah bantuan jika anda memerlukan. Beritahu keluarga dan rakan-rakan, pesakit-pesakit buah pinggang yang lain dan juga doktor. Dapatkan bantuan dan sokongan mereka.
- Hargai kehidupan anda. Lakukan perkara-perkara yang berfaedah yang menggembirakan hidup anda.
No comments:
Post a Comment