Ketika Doktor Mohd. Azam dari Pusat Rawatan Islam mengesahkan bahawa saya mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, saya rasa tergamam. Terbayang segala kesukaran yang akan saya alami. Saya seakan tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya mengidap penyakit buah pinggang. Ini kerana saya telah banyak kali bergaul dengan rakan-rakan yang pernah mengidap penyakit buah pinggang dan tahu kesukaran-kesukaran yang mereka tanggung. Sejak itu saya telah berazam untuk mengelak dari mendapat penyakit ini. Malangnya hari ini saya disahkan mendapat penyakit yang sama.
Beberapa minit pertama memang jiwa dan fikiran saya kosong. Merasa seakan hidup sudah tidak bermakna dan ajal semakin hampir. Saya jadi seakan putus asa dengan kehidupan. Walau bagaimanapun saya cepat sedar bahawa hidup ini mesti diteruskan. Buat beberapa ketika saya rahsiakan perkara ini dari isteri dan anak-anak hinggalah saya betul-betul bersedia dan redha dengan ketentuan Ilahi.
Bagi saya lagi cepat kita menerima kenyataan bahawa kita memang mengidap penyakit buah pinggang maka lagi mudah kita mententeramkan diri kita dan kita jadi lebih redha menerima kenyataan ini. Dengan segala pemeriksaan yang telah dilakukan oleh pakar Pusat Rawatan Islam saya pasti kegagalan buah pinggang saya itu adalah pasti dan akan terus memikirkan apakah langkah-langkah yang diambil untuk proses rawatan.
Penting untuk kita mengambil sikap bahawa semua penyakit ada ubat atau penawar dan semua penyakit ada kaedah rawatan. Dalam zaman sains dan teknologi kini banyak penemuan telah dicapai bagi memudahkan rawatan penyakit buah pinggang. Dengan jaminan doktor penyakit ini dapat dirawat dengan secara yang berkesan dan kita masih boleh menjalani kehidupan seperti sedia kala dengan beberapa peraturan dan disiplin perubatan. Doktor Azam telah menawarkan saya untuk membuat `festulla’ iaitu tapak untuk rawatan mencuci darah atau hemodelesis di tangan atau dilengan. Walau bagaimanapun oleh kerana saya memikirkan bagi menjimatkan kos pembedahan tersebut saya akan merujuk kepada hospital kerajaan. Maka saya keluar dari Pusat Rawatan Islam untuk menyambung rawatan di Hospital Selayang. Setelah mendapat temujanji maka saya merujuk kepada seorang doktor pakar buah pinggang iaitu doktor Gan di Hospital Selayang. Doktor Gan mencadangkan untuk membuat rawatan hemodelisis segera dengan menebuk saluran di leher sementara pembedahan festula dapat dibuat. Saya terpaksa merujuk kepada Pusat Rawatan Islam semula memandangkan Hospital Selayang hanya boleh melakukan pembedahan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan lagi mengikut giliran. Saya perlu melakukan pembedahan festulla di tangan di Pusat Rawatan Islam kerana saluran dialisis di leher hanya bertahan tidak kurang 3 bulan dan terdedah kepada jangkitan kuman.
Atasi Parut Jerawat
11 years ago
No comments:
Post a Comment