- Pesakit dikehendaki tinggal di penginapan yang disediakan
- Pemeriksaan keseluruhan anggota akan dilakukan meliputi’;
 Pemeriksaan jantung - ECG
 Pemeriksaan buah pinggang- Scan dan Xray
 Ujian darah
 Ujian air kencing dan najis
 Pemeriksaan Endogram – memasukkan kamera dalam perut
 Suntikan anti penisilin untuk memastikan tiada alahan
 Tekanan darah tinggi
- Pemeriksaan kesihatan akan dijalankan setiap hari di tempat penginapan bagi mempastikan kita benar-benar sihat sebelum menjalani pembedahan.
- Sesi dialisis juga akan dilakukan 3 kali seminggu di pusat dialisis yang disediakan
- Sekiranya ada penderma, pihak hospital akan memaklumkan kepada pesakit dan pesakit perlu bersedia dari segi;
 Menjalani ujian darah
 Berpuasa selama 12 jam
 Disuntik untuk mempastikan tiada alahan
 Dibersihkan semua bulu perut dan bawah perut
 Dibersihkan saluran najis dan diberi pil untuk melancarkan najis
- Pihak hospital akan menjalankan ujian `cross match’ antara organ penderma dengan group darah penerima.
- Sekiranya didapati keserasian mencapai lebih 4 point pembedahan boleh dilaksanakan tetapi jika kurang bermakna tiada keserasian dan pembedahan tidak boleh dibuat walaupun telah ada organ dalam group darah yang sama
- Pembedahan dilakukan selama lebih kurang 2 atau 2 jam setengah dibilik pembedahan. Selepas itu pesakit dipindahkan di wad ICU selama tempoh 10 hari.
- Sekiranya tiada sebarang komplikasi, pesakit boleh turun ke bilik penginapan selama seminggu untuk pemantauan sebelum dibenarkan keluar wad. Dalam tempoh itu pesakit dikehendaki memakai mask atau penutup hidung untuk mengelakan jangkitan.
 Ubat anti rejection akan diberikan bersama ubat-ubat lain yang utama sepanjang hidup pesakit untuk mempastikan kesihatan berada dalam tahap stabil.
- Tempat tinggal mesti bersih dari kuman, dan selama 4 hingga 6 bulan pesakit dimestikan tinggal dan menjauhkan diri dari orang ramai (kurantin) kerana antibody yang lemah dikhuatiri mudah dijangkiti penyakit.
 
Atasi Parut Jerawat
12 years ago
 
 
 
 
 
 
 Posts
Posts
 
 

No comments:
Post a Comment