Sunday, July 13, 2008

pengenalan

Assalamualaikum,

Syukur saya hidup kembali. Kesyukuran ini wajib saya panjangkan kepada rakan-rakan dan siapa sahaja seluas-luasnya. Tuhan sembuhkan sepenuhnya saya dari penyakit kegagalan buah pinggang setelah menjalani pemindahan organ. Sungguh, tidak semua orang mendapat peluang kedua, malah sebahagian yang telah mendapat peluang pun tidak berjaya meneruskannya. Alhamdullillah sesudah menjalani pembedahan dan melalui semua prosedur pemulihan dan rawatan kini saya mampu menjalani kehidupan normal yang lebih baik. Yang lebih penting ialah saya untuk saya berkongsi pengalaman ini untuk semua orang, baik pada yang masih sihat atau pun yang berpotensi untuk mengalami penyakit kronik ini, atau mereka yang sedang menderita dengan penyakit ini. Mudah-mudahan pengalaman ini akan menjadi panduan dan PENAWAR jiwa kepada pembaca ruangan ini.

Pertama, saya akan ceritakan bagaimana kehidupan sebelum mendapat penyakit buah pinggang

kedua, tanda-tanda awal penyakit

ketiga, pengalaman detik-detik akhir kegagalan buah pinggang

keempat, pemeriksaan dan pengesahan penyakit buah pinggang

kelima, persiapan dan pembedahan untuk rawatan hemodelisis

keenam, rawatan hemodelisis, persiapan dan kesan-kesannya

ketujuh, cadangan pemindahan buah pinggang

kelapan, persiapan dan maklumat pemindahan buah pinggang dalam negara dan luar negara

kesembilan, pembedahan dan pemindahan buah pinggang di Negara Cina

kesepuluh, pengalaman menjalani rawatan dan pemindahan buah pinggang di Negara Cina

kesebelas, rawatan susulan dan perubatan dalam negara selepas pembedahan di Cina

keduabelas, kehidupan selepas pembedahan

kesemua peringkat ini akan saya muatkan dalam ruangan ini secara bersiri supaya pembaca mendapat gambaran yang jelas tentang isu kesihatan yang melibatkan penyakit kronik kegagalan buah pinggang.

sekian untuk kali ini, InsyaAllah berjumpa disiri seterusnya


Wassalam
Terima Kasih,







2 comments:

Unknown said...

Selamat datang ke doktor hospital solomon. Adakah anda ingin untuk menjual buah pinggang atau lain-lain anda
organ jika ya terpakai untuk dijual hari ini dan anda akan diberikan maksimum
kepuasan anda need.Contact saya melalui e-mel: doctorsolomon1234@gmail.com

Unknown said...

Selamat datang ke doktor hospital solomon. Adakah anda ingin untuk menjual buah pinggang atau lain-lain anda
organ jika ya terpakai untuk dijual hari ini dan anda akan diberikan maksimum
kepuasan anda need.Contact saya melalui e-mel: doctorsolomon1234@gmail.com