Saya dan dan En. Mazrib pergi ke PWTC tingkat 36 tunggu Dato`Abu Mansor dibiliknya. Dia sedang bawa Datin Zuraida buat medical checkup di Glenneaglel. Dato dan Datin datang dan beri kauseling serta penerangan tentang pembedahan dan trip di China. Dia terus hubungi Ahlok orang tua Cina dari Sabah yang dah ada di Guangzhau China. Ahlok iaiah pembantu khas Dato’ Lajim Ukim dan Dato’ Rosnah Majid yang pernah buat pemindahan buah pinggang di China . Dato’ Abu Khamis tetapkan hari pergi dan bagi tau Ahlok suruh tunggu di Hospital Nan Fang Military. Bagi Dato’ dan Datin, inilah masanya mereka memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan kerana sebelum ini orang lain telah membantunya mendapatkan rawatan di China. Tarikh yang ditetapkan ialah 12/10/06 hari khamis. Kami setuju dan balik untuk uruskan pemergian. Saya balik dan uruskan hidupkan pasport. En. Mazrib balik uruskan kos dan maklumkan KBS dan kelab keluarga untuk membantu. Semua urusan berjalan lancar.
Saya banyak mendapat pengajaran dari segala yang berlaku ini. Segalanya berlaku dengan pantas dan tanpa diduga. Iaitu;
- Jika kita tolong orang suatu masa yang mereka sangat memerlukan pertolongan, orang akan tolong kita masa kita perlukan pertolongan tanpa diduga.
Tidak semestinya orang yang kita tolong itu yang akan membalas pertolongan yang kita berikan sebaliknya mungkin orang lain yang kita tidak kenali atau tidak pernah kita tolong yang akan membalas pertolongan kita itu. Percaya bahawa Tuhan yang mengaturkan semua itu.
No comments:
Post a Comment