Selasa 4/10/06 – 10 pagi
Di Pejabat Kementerian Belia dan Sukan, rakan saya En. Mazrib Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Sukan datang ke bilik tingkat 12 bertanyakan kedudukan kesihatan dan bertanya samaada masih ada rancangan untuk membuat pemindahan buah pinggang. Saya jawab tak ada buat masa terdekat kerana kos yang mahal dan tak ada penderma. Dia kata kalau setuju kos jangan difikirkan tak kira berapa sudah ada sesaorang yang akan menaja. Saya gembira dan macam tak percaya. Saya kata setuju. Dia hubungi setiausaha politik menteri Pelancungan Dato` Abu Khamis orang yang berpengalaman ke China menghantar isterinya Datin untuk pembedahan 2 tahun lalu. Dia beri jaminan untuk membantu dan buat temu janji esoknya pada Rabu 5/10 jam 9.00 pagi. Saya gembira tak terkira terus balik jumpa isteri beritahu tentang berita gembira itu. Isteri yang tengah mengaji quraan terkejut di peluk dari belakang. Hairan dan termangu-mangu. Akhirnya aku bercerita. Dia bersyukur,katanya berkat doa keluarga, emak dan saudara mara serta berkat bulan puasa. Dia tanya siapa yang bermurahati membiayai, saya kata orang itu tak mahu diketahui. Dia derma ikhlas.
Atasi Parut Jerawat
11 years ago
No comments:
Post a Comment