Monday, August 18, 2008

Catatan Perjalanan


Selasa 10/10

Pagi itu sewaktu bertugas di pejabat, En. Mazrib telifon suruh datang ke bilik YB. Menteri. Hatik rasa berdebar-debar. Sampai di muka pintu YB. Dato’Azalina bersama Dato’ KP dan beberapa pegawai kanan termasuk SU Politik dan SUSK menyambut saya. Tanpa berfikir panjang saya terus bersalam dan mencium tangan YB. Dato’Azalina walaupun tidak dibenarkan. Dia kata aku sangat kurus. Setelah bertanyakan khabar dan rancangan nak pergi ke China dia pun mengucapkan selamat berjaya. Saya berkali-kali mengucapkan terima kasih sambil masih berniat nak mencium tangannya lagi tapi katanya `tak usahlah, awak lebih tua dari saya'. Saya tak dapat menggambarkan bagaimana perasaan terharu ketika itu. Saya rasa seperti berdepan dengan malaikat-malaikat yang Tuhan turunkan pagi itu untuk menyampaikan pertolongan. Dalam rasa sayu dan terharu itu tak dapatlah tertahan air mata mengalir. Saya pasti YB. Menteri tahu perasaan saya ketika itu. Sesungguhnya saya bukan sahaja terhutang budi malah terhutang nyawa pada mereka. Aku sangat terharu bila YB Dato’Azalina menyerahkan wang derma peribadinya sebanyak RM 100,000.00 dalam satu beg kertas. Sebenarnya saya tahu Dato’ Azalina tak mahu beritahu bahawa beliau yang memberi sumbangan ikhas itu. Walaubagaimanapun, beliau perlu berjumpa sendiri dengan saya bagi memberi peransang dan harapan untuk menjalani pembedahan atas keperihatinannya sebagai seorang individu. Saya memang belum pernah menemui seorang manusia yang seikhlas dan sedermawan itu sebelum ini. Juga saya tak pernah terbayang sesiapa akan menderma peribadi sejumlah itu untuk kos pembedahan yang sangat saya perlukan. Saya benar-benar insaf dan bersyukur, bahawa sesungguhnya akan ada di dunia ini orang yang berhati mulia, iklhas dan jujur yang sudi memberi pertolongan. Pastinya itu semua menandakan Kebesaran Ilahi. Saya bergegas ke tingkat 11 menyerahkan wang tersebut kepada Hj Suhaimi utk ditukarkan kepada US Dollar dan untuk urusan pasport dan visa serta tiket penerbangan.

Pengajaran:

Sesungguhnya kita hidup sentiasa memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain sama ada kita rela atau tidak, samada kita suka atau tidak. Jadi perlulah kita membantu orang lain, samaada dalam keadaan terpaksa atau rela, samada kita suka atau kita tidak suka.

Sentiasa berperasangka baiklah kepada semua orang terutama kepada orang yang kita belum kenali orang yang kurang kita kenali. Sesungguhnya kalau Tuhan izinkan dan kehendaki, barangkali orang yang kurang kita kenali dan kita berperasangka buruk terhadapnya itulah yang lebih ikhlas membantu kita ketika kita sangat memerlukan pertolongan sedangkan orang lain yang lebih kita kenali adalah sebaliknya.

1 comment:

-butterfly- said...

:: salam En. Don...
:: terasa terharu la kan saat dpt wang sumbangan tu..
:: alhamduillah, en. Don dah sehat seperti sedia kala..
:: moga kesihatan ni berterusan hendaknya..
:: amin.. :)

^i|z|z|a|h_n|h|k|m^