15/10/06 Ahad
8.00 pg hingga 12.00 tgh pergi ke Bank Of China untuk bank in duit tapi terlampau ramai orang. Ahirnya masukkan deposit wang ke hospital. Sambil itu ambil masa rehat di tasik dan membeli belah di gerai sepanjang jalan. Malam menerima kedatangan En. Suhaimi pegawai TDC di wilayah ini dan bawa sekali anak isteri sambil bawa makanan untuk berbuka puasa. En. Suhaimi bersama 6 orang anak dan isteri dari Sabah.
16/10
Hj suhaime terangkan kedudukan kewangan sepeninggalannya dan beberapa perkara sekiranya ada timbul masalah. Mendapat rawatan sakit bisul di bontot oleh Dr. pakar. Menonggeng dan dicucuk lubang bontot. Sakit tapi ada harapan sembuh.ari 8.00 pg hingga 12.00 tgh jalani rawatan dialisis. Balik dari dialisis selepas timbang berat badan aku pitam. Sedar-sedar nurse dan Ahlok dan memangku dan membantuku ke kerusi roda dan bawa balik ke biilik penginapan. Petang nurse datang bawa ubat untuk bontot. Satu paket ubat untuk cuci dan satu paket lagi untuk masukkan dalam lubang bontot bagi bisul kering.
17/10 Selasa
Aku bangun awal untuk rawatan bahagian punggung dari jam 6.30 pgi lagi. Dari jam 8.00 pg hingga 12.00 tgh mendapat rawatan dialisis. Lepas dialisis aku pitam lagi. Mujur sebelum pitam sempat berpaut ke dinding dan sempat dipaut oleh Ayok. Mereka bantu aku balik sampai ke bilik penginapan.

Hj Suhaimi balik Malaysia dan pesan supaya aku banyak baca quraan dan solat tarawih. Aku jadi sayu sebab kesunyian. Aku ambil naskhah quraan yang Hj. Suhaime tinggalkan dan baca sampai puas.
18/10 Rabu
Dari jam 8.00 pgi hingga 10.00 pgi aku bersama Ahlok pergi ambil gambar untuk tujuan lanjutkan visa. Di samping itu aku serve internate di kadai gambar itu baca utusan malaysia dan hantar email pada abangku Jamil di Malaysia serta semak akaun dalam maybank2u.
19/10 hingga 30/10
Bilik yang aku dan Ahlok tinggal tak pernah sunyi. Selalu mendapat kunjungan daripada pesakit lain dari Malaysia dan Indonesia. Yang peling kerap mengunjungi ialah Ayok dan anaknya Ayun pesakit dari Sabah yang baru berumur 16 tahun ketika sakit. Ibunya (Ayok) telah 3 bulan di hospital ini menunggu organ yang sesuai untuk anaknya tapi belum dapat. Dia dan keluarganya terpaksa bergolok bergadai membawa anaknya ke hospital ini. Ayok meninggalkan kerjanya sebagai tukang gunting dan terpaksa meninggalkan anak dan suaminya di Sabah untuk sementaara waktu. Ayok dan Ayun yang banyak membantu selain Ahlok sebagai penterjemah kepada staff hospital atau menyampaikan apa-apa pesan yang berkaitan dengan arahan hospital. Jadi kami seakan sebuah keluarga yang besar di sini. Kami mengharungi hari-hari suka duka dan pahit getir bersama seperti satu keluarga yang mengalami nasib yang sama…
31/10/06
Selepas sesi dialisis aku diberitahu ada buah pinggang untuk darah jenis A. aku diminta bersedia dengan berpuasa, ambil darah, diberi suntikan dan dicukur bulu perut dan bawah perut oleh nurse. Keputusan sesuai atau tidak akan putuskan lewat malam. Aku gelisah menunggu keputusan. Tepat jam 10.30 telefon berbunyi meminta aku makan. Maknanya buah pinggang tidak sesuai. Hanya sepasang buah pinggang untuk darah jenis A dan B yang menunggu lebih sepuluh orang yang kebanyakannya dah tinggal di sini melebihi 2 atau 3 bulan. Aku rasa kecewa tapi tak boleh berbuat apa-apa

Pengajaran:
# Kedamaian adalah apabila kita dapat merasai kedamaian hidup orang lain, dan dapat merasai dan melihat orang lain menjalani kehidupan dengan aman dan tenteram.
kadang kala kesunyian itu adalah guru yang menyediakan tempat belajar untuk mengenali diri sendiri dan Tuhannya. Dengan bersendiri dalam sunyi, minda dan jiwa/rohani kita hidup dan mudah mengingati Allah. Terbayang kesunyian kubur dan tiada siapa melainkan kita dengan Tuhan.
# Bila kita diberikan waktu untuk sakit, gunakanlah sepenuhnya merasainya dan menikmati kerehatannya. Tidak Tuhan turunkan sakit dan masa sakitnya dengan sia-sia melainkan ada kebaikan disebaliknya
# Sentiasa ingat dan sedar bahawa Tuhan turunkan pertolongannya melalui sesaorang yang tidak semestinya keluarga dan adik beradik kita. Kadangkala orang yang langsung tidak kita sangka atau kenali. Terimalah dan bersyukurlah
1 comment:
Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda? atau Adakah anda sedang mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda untuk wang akibat pemecahan kewangan dan anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan, maka hubungi kami hari ini dan kami akan menawarkan anda jumlah yang baik untuk buah pinggang anda. Nama saya (Doktor Elvis Whyte) adalah seorang Phrenologist di hospital kami yang mengkhususkan diri dalam Pembedahan Buah Pinggang dan kami juga berurusan dengan membeli dan pemindahan buah pinggang dengan kehidupan penderma yang sepadan. Hubungi E-mel: doctorelviswhyte@gmail.com atau whatsapp kami hari ini +2347083629144 untuk maklumat lanjut
Post a Comment