Monday, July 28, 2008

Bandar Guangzhaou





Guangzhaou

Terletak di tengah wilayah Guangdong. Ia merupakan ibu kota kepada Guangdong dan merupakan bandar yang menarik bagi Selatan China. Mempunyai 10 daerah dan dua bandar besar. Termasuk Yuexiiu, Haizhu, Tianhe, Baiyun, Huangpu, Huadu, Panyu, Luogang, Nansha District dan Conghua, Bandar Zengcheng. Bandar Guangzhou meliputi kawasan seluas 7434 km persegi dan mempunyai penduduk seramai 10 juta orang. Dipengaruhi oleh iklim monsun tropika. Kehijauannya telah menyebabkan ia lebih dikenali sebagai bandaraya bunga-bungaan.

Guangzhou merupakan salahsatu dari 24 bandar budaya bersejarah di China. Mempunyai sejarah lebih dari 2200 tahun dan merupakan 5 budaya utama Selatan. Ia juga dikenali sebagai `bandarraya Kambing’ tidak berapa lama dulu.

Bandarnya seakan pekan-pekan di Malaysia. Bezanya semuanya tertulis tulisan Cina. Sistem jalanrayanya moden. Kereta dipandu disebelah kiri. Begitu juga dengan arah jalan. Untuk lorong laju sebelah kiri dan untuk perlahan sebaliknya. Waktu serupa dengan Sabah dan Sarawak, lebih cepat 45 minit dari waktu semenanjung Malaysia. Cuaca ada musim panas dan sejuk. Ketika ini beransur sejuk.

Kebanyakan rakyat cina adalah orang yang kuat bekerja dan pantas menyelesaikan kerja. Jarang ternampak muda mudi melepak. Jarang juga ternampak orang yang obesiti. Mereka suka makan sayur dan masakan rebus. Jarang kelihatan orang gemuk. Nisbahnya mungkin 100: 1 berbeda dengan Malaysia setiap 5 orang akan ada 2 orang gemuk atau obesiti. Jarang juga ternampak orang mengandung. Mungkin nisbahnya 50 : 1 sebab Negeri China hanya membenarkan rakyatnya mempunyai seorang anak untuk satu keluarga. Dengan penduduk melebihi 2 billion orang tentu dasar ini sesuai.

Pengangkutan awam adalah bas, teksi dan beca bermotor. Kebanyakan beca bermotor dikendalikan oleh orang kurang upaya yang patah atau lumpuh kaki. Beca diubahsuai untuk keperluan mereka. Traffic light tidak begitu dipatuhi sema seperti setengah-setengah tempat di Malaysia tetapi di China lebih hebat. Pemandu kurang menghormati pejalan kaki. Hon akan dibunyikan setiap waktu ikut suka termasuk di kawasan hospital.

Penerbitan; tiada satupun akhbar berbahasa Inggeris kesemua berbahasa Mandrin. Begitujuga majalah. Kebanyakan orang di sini tidak memahami bahasa asing termasuk bahasa inggeris. Ini meliputi orang awam, pekedai dan pekerja hospital. Kalau adapun bahasa Inggerisnya kurang difahami. Siaran TV 24 jam lebih 20 saluran semua dalam bahasa Manderin. Cuma 15 minit dalam bahasa Inggeris untuk berita saluran khas.

Makanan memang banyak. Kesemuanya berunsurkan sayur dan rebusan. Ada juga yang bergoreng. Banyak kicap digunakan. Ada terdapat restoran Islam diusahakan oleh cina Islam dari Yeng Chang suatu kawasan pertanian berpenduduk agama Islam. Mereka juga ada menjaja roti Nan dan sate kambing di tepi jalan.

Banyak kereta import dari Jepun dan Korea jenis Toyota, Honda, Hyundai dan syarikat KIA Motor. Walaupun jalan raya 4 lorong, namun jalan raya tetap sesak terutamanya dalam waktu puncak.

Sturuktur bangunan kedai dan pejabat adalah moden. Kebanyakan sudah dilengkapi dengan kemudahan untuk orang OKU termasuk jejantas. Harga barangan lebih kurang harga di Malaysia. Nilai wang duakali lebih murah dari ringgit Malaysia.

Budaya orang cina yang kuat bekerja dan pantas menyelesaikan kerja menyebabkan mereka jarang tersenyum ketika bekerja. Ini seakan-akan tidak begitu ramah dengan orang asing.

Orang mencari rezeki dengan berbagai cara. Ada yang jual jagong di tepi jalan, jual kraftangan, barangan terpakai dimerata ruang jalan kaki termasuk di atas jejantas.

Kenderaan lama seperti beca dan gerabak untuk mengangkut barangan masih digunakan termasuk basikal. Terdapat banyak basikal bermotor samaada menggunakan minyak atau beteri. Lorong pejalan kaki biasanya digunakan untuk pengguna basikal.

Puisi 3


Guangzhau

Guangzhau
aku datang membawa kotoran
yang telah lama menyelinap
dalam salur-salur darah
mengecutkan buah pinggangku

Guangzhau yang pemalu
kedatangan yang kau sambut
dengan senyum
membuat aku berbelah bagi
adakah itu pertanda baik
atau mimpi buruk yang bakal menanti

wahai gadis-gadis china yang cantik
betapa aku ingin berbicara
dalam loghatmu yang tak ku fahami
agar kita lebih dekat mengenali
meskipun hanya bertanyakan khabar

aku akan lama di sini
menerima seadanya yang kau beri
sayur segar dan chopstik ditangan
asal saja berhasil pembedahan ini
untuk kembali normal dan siapsiaga

sejujurnya aku masih ragu
benarkah aku yang sedang bertuah ini
di kalangan sekian ramai pesakit
untuk berpeluang beroleh kesihatan
di sini di Guangzhau yang cuba berbakti

setiap dari mu adalah saudaraku
biar sepekat manapun bahasa Chinamu
atau sebeda manapun budayamu
atau sejahat manapun banduan itu
sesungguhnya aku terhutang nyawa padamu

Nan Fang Military Hospital
Guangzau China
20/10/06

Sunday, July 27, 2008

Persiapan sebelum pergi ke Negara China untuk membuat pembedahan

  1. Sediakan wang dan kos yang secukupnya;
    Tambang dengan penerbangan Mas lebih kurang RM 4 hingga 5 ribu pergi dan balik (rujuk MAS). Oleh kerana kita tidak pasti bila jadual penerbangan balik, minta tiket open untuk penerbangan balik atau setelah tiba di China minta tukar open tiket untuk penerbangan balik, jika tidak pihak MAS akan mengenakan denda
  2. Kos pembedahan lebih kurang RM 110,000 hingga 120,000 (lebih baik tukar dalam US Dollar)
  3. Makan minum dan wang saku lebih kurang RM 2,000 hingga 5,000
  4. Pasport antarabangsa (Kos memperbaharui ialah RM 300 orang dewasa 12 tahun ke atas dan RM 150 bagi umur 1 tahun hingga 12 tahun)
  5. Visa (untuk sebulan dengan kos RM 200). Jika tinggal melebihi satu bulan, perbaharui Visa di negara China untuk tempoh 3 bulan lagi setelah tamat tempoh satu bulan.
  6. Pakaian yang secukupnya termasuk baju sejuk (China mempunyai musim sejuk hingga ke 12 darjah – rujuk cuaca)
  7. Bahan Bacaan yang secukupnya (tiada bacaan dalam bahasa Inggeris apalagi Bahasa Malaysia di China)
  8. Peralatan ibadah dan kompas untuk kiblat
  9. Kamus Bahasa Manderin
  10. Dapatkan maklumat secukupnya dari orang yang pernah berada dan menerima rawatan di China;
  11. Dapatkan khidmat pembantu yang fasih berbahasa Manderin;
    Yang berpengalaman menguruskan pesakit ke China
    Yang pernah berada di China
    Yang fasih berbahasa Manderin
    Bincang untuk mendapatkan perkhidmatannya dengan kos yang sesuai.
    Dapatkan maklumat dari orang yang pernah dirawat di China
  12. Bawa bekalan makanan dalam pek seperti Meggi Mee, kopi, milo 3 in one, atau makanan seperti serunding kerana makanan yang ada di China adalah mengikut selera masakan China.
  13. Jika perlu buat roaming telifon untuk berhubung dengan keluarga di Malaysia atau membeli kad telifon di China

Prosedur Pembedahan di Hospital Nan Fang dan Nanning China

  1. Pesakit dikehendaki tinggal di penginapan yang disediakan
  2. Pemeriksaan keseluruhan anggota akan dilakukan meliputi’;
    Pemeriksaan jantung - ECG
    Pemeriksaan buah pinggang- Scan dan Xray
    Ujian darah
    Ujian air kencing dan najis
    Pemeriksaan Endogram – memasukkan kamera dalam perut
    Suntikan anti penisilin untuk memastikan tiada alahan
    Tekanan darah tinggi
  3. Pemeriksaan kesihatan akan dijalankan setiap hari di tempat penginapan bagi mempastikan kita benar-benar sihat sebelum menjalani pembedahan.
  4. Sesi dialisis juga akan dilakukan 3 kali seminggu di pusat dialisis yang disediakan
  5. Sekiranya ada penderma, pihak hospital akan memaklumkan kepada pesakit dan pesakit perlu bersedia dari segi;
    Menjalani ujian darah
    Berpuasa selama 12 jam
    Disuntik untuk mempastikan tiada alahan
    Dibersihkan semua bulu perut dan bawah perut
    Dibersihkan saluran najis dan diberi pil untuk melancarkan najis
  6. Pihak hospital akan menjalankan ujian `cross match’ antara organ penderma dengan group darah penerima.
  7. Sekiranya didapati keserasian mencapai lebih 4 point pembedahan boleh dilaksanakan tetapi jika kurang bermakna tiada keserasian dan pembedahan tidak boleh dibuat walaupun telah ada organ dalam group darah yang sama
  8. Pembedahan dilakukan selama lebih kurang 2 atau 2 jam setengah dibilik pembedahan. Selepas itu pesakit dipindahkan di wad ICU selama tempoh 10 hari.
  9. Sekiranya tiada sebarang komplikasi, pesakit boleh turun ke bilik penginapan selama seminggu untuk pemantauan sebelum dibenarkan keluar wad. Dalam tempoh itu pesakit dikehendaki memakai mask atau penutup hidung untuk mengelakan jangkitan.
    Ubat anti rejection akan diberikan bersama ubat-ubat lain yang utama sepanjang hidup pesakit untuk mempastikan kesihatan berada dalam tahap stabil.
  10. Tempat tinggal mesti bersih dari kuman, dan selama 4 hingga 6 bulan pesakit dimestikan tinggal dan menjauhkan diri dari orang ramai (kurantin) kerana antibody yang lemah dikhuatiri mudah dijangkiti penyakit.

PEMBEDAHAN BUAH PINGGANG KIDNEY TRANSPLANT DI NEGERI CHINA

1. Banyak hospital di Negara China yang menawarkan pembedahan buah pinggang. Antaranya ialah di Selatan China. Saya telah berpengalaman menjalani rawatan dan pembedahan buah pinggang di dua buah hospital iaitu;
a. Hospital Nan Fang di Guangzhau Selatan China
b. Hospital Tentera 303 di Nanning China
2. Hospital Nan Fang suatu ketika dulu dikendalikan oleh pihak tentera dan sejak 2 tahun lalu telah diswastakan. Hospital Tentera 303 di Naning masih sepenuhnya dikendalikan oleh pihak tentera dan menjalankan banyak pembedahan untuk orang awam termasuk dari Malaysia.
3. Sejak diswastakan hospital Nan Fang diuruskan sepenuhnya dengan pengurusan swasta. Ini bermakna pesakit perlu meletakkan deposit bayaran sebelum dibenarkan tinggal dihospital untuk rawatan. Kadar bilik lebih kurang 300 yuen satu hari dan dialisis sebanyak 1300 yuen (RM 500) satu sessi rawatan. Sekiranya dalam tempoh singkat mendapat buah pinggang maka kuranglah perbelanjaan. Kos pembedahan dikenakan sebanyak 140,000 yuen (RM 70,0000). Jika ada penyakit kencing manis kos pembedahan ialah 160,000 yuen (RM 80,000) tidak termasuk rawatan dialisis, penginapan dan perubatan.
4. Secara purata termasuk tambang pergi dan balik ke Guangzhau dengan MAS (RM 4,500), kos keseluruhan dalam tempoh dua bulan boleh mencecah kira-kira RM 110,000 hingga RM120,000
5. Pihak hospital akan meminta bayaran dijelaskan terlebih dahulu sebelum pembedahan dapat dilakukan.
6. Bagi hospital Tentera 303 di Naning, agak mudah dan praktikal. Kos keseluruhan yang dikenakan termasuk penginapan dan perubatan ialah 160,000 yuen (RM 80,000) secara lum sum.
7. Cuma penginapan tidak menyediakan makakan dan minuman.
8. Penerbangan dari KL ke Nan Fang Guangzhau memakan masa 3 jam, sementara ke Nanning memakan masa 4 jam.
9. Kelebihan di Hospital 303 tentera ialah peluang mendapat organ adalah lebih banyak memandangkan pihak kerajaan memberi keutamaan kepada hospital tentera (kerajaan) terlebih dahulu. Selain dari itu para doktor dan jururawat berusaha berbahasa Inggeris berbanding dengan hospital Nan Fang.

Wednesday, July 23, 2008

Kidney Transplant

Regular donor nephrectomy requires a long incision with removal of a rib, to allow the surgeon access to the kidney, blood vessels and ureter. Hospitalization of about 5 days is necessary. Nonetheless, this operation has been performed thousands of times, providing a safe, reliable way of removing the donated kidney.

The new kidney is placed low in the right or left groin area.Diseased kidneys are not removed unless necessary.
Complications
Wound infection is the most common complication other than the procedure, and can usually be treated as an outpatient. Because the operation is performed alongside other organs it is theoretically possible that an injury could occur to one of them. Persistent pain, fever, nausea or vomiting should be reported to the surgeon. Admission and Discharge
Admission takes place two hours before the operation. The operation takes about 3-4 hours. In addition, the time necessary for anesthesia before and after the surgery may be 30-60 minutes. We will call your waiting relatives as soon as the surgery is finished to report on your progress.
You will be allowed to drink a few hours after you wake up and will start light foods the next day. The area of the kidney often slows normal bowel function so return to a normal diet must be cautious. You may be able to go home after 2-3 days, depending on how comfortable you are.


Regular donor nephrectomy requires a long incision with removal of a rib, to allow the surgeon access to the kidney, blood vessels and ureter. Hospitalization of about 5 days is necessary. Nonetheless, this operation has been performed thousands of times, providing a safe, reliable way of removing the donated kidney.


The new kidney is placed low in the right or left groin area.
Diseased kidneys are not removed unless necessary.
Complications
Wound infection is the most common complication other than the procedure, and can usually be treated as an outpatient. Because the operation is performed alongside other organs it is theoretically possible that an injury could occur to one of them. Persistent pain, fever, nausea or vomiting should be reported to the surgeon.


Admission and Discharge
Admission takes place two hours before the operation. The operation takes about 3-4 hours. In addition, the time necessary for anesthesia before and after the surgery may be 30-60 minutes. We will call your waiting relatives as soon as the surgery is finished to report on your progress.
You will be allowed to drink a few hours after you wake up and will start light foods the next day. The area of the kidney often slows normal bowel function so return to a normal diet must be cautious. You may be able to go home after 2-3 days, depending on how comfortable you are.

Tuesday, July 22, 2008

PEMBEDAHAN PEMINDAHAN BUAH PINGGANG

Pembedahan di Malaysia

Ia merupakan kaedah rawatan pemulihan selain hemodialisis dan CAPD.
Pesakit akan dibedah untuk dipasangkan sebelah buah pinggang untuk membolehkannya berfungsi seperti biasa
Perlu ada penderma di kalangan keluarga, seperti adik beradik, isteri, ibu bapa dan saudara mara. Peraturan di Malaysia tidak membolehkan bukan pertalian keluarga mendermakan buah pinggangnya.
Penderma di kalangan ahli keluarga hanya diperlukan sebelah sahaja buah pinggang. Pesakit dan penderma boleh menjalani kehidupan biasa dengan sebelah buah pinggangn sahaja
Penderma akan dikehendaki menjalani ujian kesihatan dan pemeriksaan dan pemantauan selama 6 bulan sebelum dibenarkan mendermakan buah pinggang, bagi mempastikan penderma dan penerima buah pinggang sihat dan tidak menghadapi sebarang komplikasi.
Pembedahan boleh dijalankan di hospital kerajaan dengan percuma sekiranya ada penderma di kalangan ahli keluarga.
Penderma mesti mempunyai group darah yang sama dengan penerima.
Setelah menjalani ujian keserasian (cross match), dan berjaya mencapai keserasian yang tinggi, pembedahan akan dilakukan serentak antara penderma dan penerima
Bagi penderma pembedahan dilakukan untuk mengambil sebelah buah pinggangnya.
Bagi penerima, pembedahan dilakukan untuk memasang sebelah buah pinggang, tanpa membuang dua buah pinggang yang telah rosak.
Setelah selesai pembedahan lebih kurang 6 jam, kedua-dua penderma dan penerima dirawat di ICU untuk pemulihan selama lebih kurang 10 hari.
Selepas itu penerima buah pinggang dikehendaki mengambil ubat anti rejection sepanjang hidupnya dan ubat lain yang diperlukan bagi membolehkan buah pinggang baru dapat diterima oleh sistem badan.
Untuk tempoh selama lebih kurang 4 hingga 6 bulan, penerima tidak digalakkan untuk bergerak bebas, perlu dikurantin, dan perlu memakai topeng `mask’ sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan untuk mengelakkan jangkitan kuman kerana sistem antibody telah dilemahkan bagi membolehkan sistem badan tidak menolak organ baru.
Hospital Selayang dan Hospital HUKM adalah diantara hospital kerajaan yang menjalankan pembedahan pemindahan buah pinggang secara percuma atau dengan kos yang minimum berbanding dengan kos pembedahan di luar negara.
Pesakit perlu mendaftarkan diri untuk disenaraikan sebagai penerima derma organ buah pinggang dari penderma yang dikenalpasti oleh pihak hospital.
Bagi pesakit buah pinggang di Malaysia sekiranya tiada penderma dari kalangan keluarga, mereka mungkin terpaksa menunggu penderma organ dalam tempoh yang agak lama, mungkin sehingga 5 hingga 10 tahun, berbanding dengan negara lain seperti di Singapura, Australia dan New Zealand yang hanya menunggu penderma dalam tempoh lebih kurang 3 hingga 6 bulan. Ini disebabkan budaya menderma organ di kalangan rakyat Malaysia masih belum menjadi amalan walaupun telah terdapat fatwa yang membenarkannya (khususnya di kalangan umat Islam)

Puisi 2

Hospital Selayang

Ini adalah pelabuhan terakhir
ratusan orang telah menanti
ke satu perjalanan jauh yang pasti
sambil menghitung detik demi detik
melayarkan mereka ke satu destinasi
yang pasti dan abadi

bertahun mereka terbaring
di katil-katil yang menampung
sisa-sisa usia terakhir
wajah-wajah pucat dan pudar
mewarnai sekitar kamar
bau ubat-ubatan dan hanyir darah
melingkari sudut ruang
juga rintih raung menahan bisa
menusuki jantung rasa pesakit

para doktor
tenang seakan telah mengerti
kematian adalah pasti
seperti hari-hari yang datang dan pergi
segalanya pasti akan terjadi
yang kekal hanya Tuhan Azali

para jururawat tekun merawati
dari katil ke katil melayani
rengekan dan rintihan para penghuni
meredakan keluhan demi keluhan
adalah rutin hari yang panjang
membawa pulang segala tugasan
bahawa kelahiran dan kematian
akan berterusan menjadi tanggungan

aku berdiri di muka kamar
berbekalkan darah kotorku
untuk ku serahkan pada jururawatku

Sa’don Suraji
Hospital Selayang
12 Julai 2006

Monday, July 21, 2008

Tip Kesihatan Kepada Pesakit Buah Pinggang

20 tips untuk membantu kearah kehidupan yang lebih sehat WALAUPUN anda mengalami penyakit buah pinggang;

Hidup anda akan mengalami sedikit kesukaran apabila menghidapi penyakit buah pinggang, namun anda masih boleh hidup sehat. Ambillah beberapa langkah terbaik untuk menghadapi sebarang perubahan. Di bawah ini disenaraikan 20 tips untuk membantu anda menjalani hidup lebih sihat dan bermakna;

  1. Pelajari semua mengenai penyakit buah pinggang terutama mengenai keadaan kesihatan diri anda. Bekerjasama dengan keluarga yang dapat membantu anda untuk mencari maklumat yang secukupnya tentang keadaan diri anda. Buatlah yang terbaik untuk diri anda termasuk mendapatkan maklumat tentang diri anda, banyakan bertanya, menghadiri ceramah dari tape atau video atau membaca risalah tentang penyakit buah pinggang.
  2. Percaya bahawa anda boleh melakukannya. Fikirkan dengan tenang akan cabaran yang bakal diharungi. Dapatkan sokongan dan bantuan maklumat yang akan membantu anda hidup lebih bermakna
  3. Pelajari tentang perubatan anda, pengambilan ubat yang betul, nama ubat dan kandungan serta tujuan pengambilan ubat tersebut. Dalam keadaan tertentu perubatan seperti jenis-jenis ubat tekanan darah tinggi boleh memperlahankan masalah penyakit buah pinggang.
  4. Rujuk kepada doktor apa yang terbaik untuk anda.
  5. Ikuti keputusan-keputusan ujian makmal sekerap mungkin dan pelajari keputusannya. Sementara para doktor menjalani ujian ke atas anda, pastikan anda juga lebih memahami tentang keadaan diri anda.
  6. Ambil berat dan buat sesuatu perkara. Sekiranya anda tidak faham sesuatu, atau merasa ada yang tidak kena, beritahu segera, maklumkan kepada doktor, banyakkan bertanya, cari jalan untuk memperbaiki keadaan kesihatan diri anda.
  7. Dapatkan maklumat tentang tanda-tanda penyakit dari keadaan penyakit anda. Setengah-setengah masalah boleh dirawat dan membolehkan anda lebih bertenaga dan merasa lebih sihat.
  8. Dapatkan nasihat pakar pemakanan sebagai panduan. Ikutinya seboleh mungkin dan ia berkesan
  9. Lakukan senaman mengikut jadual dan kemampuan.
  10. Lakukan pekerjaan harian. Jika perlu mengambil cuti, sesuaikan dengan keadaan, cuba bekerja sepenuh masa atau sambilan. Jadikan pekerjaan sebagai cara terbaik untuk lebih aktif. Jangan lupa untuk mendapatkan insuran kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga ketika diperlukan
  11. Kaji dengan telili tentang insuran kesihatan yang terbaik untuk anda, serta perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat insuran yang anda langgani.
  12. Cuba capai matlamat keputusan tekanan darah tinggi yang terbaik bagi diri anda dan kekalkannya. Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko penyakit buah pinggang.
  13. Sekiranya anda mengalami penyakit kencing manis, pengawalan tahap gula dalam darah dapat membantu mengurangkan risiko penyakit buah pinggang.
  14. Berhati-hati tentang masalah komplikasi dari penyakit buah pinggang termasuk radang paru-paru, kekurangan darah, penyakit tulang, penyakit jantung, paru-paru berair, kandungan garam berlebihan dan lain-lain. Kesemua itu boleh dikesan melalui ujian dan anda boleh mengelakkannya sekiranya anda berusaha mempelajari dan memahami.
  15. Sekiranya buah pinggang anda telah rosak, buatlah keputusan samada untuk membuat pembedahan buah pinggang dan menunggu senarai untuk mendapatkan penderma atau mencari jalan lain untuk mendapatkan penderma.
  16. Lawatilah pusat-pusat dialisis untuk lebih memahami tentang rawatan hemodialisis. Dapatkan nasihat atau maklumat dari unit dialisis dihospital berdekatan.
  17. Sekiranya anda telah menjalani rawatan dialisis, ikuti segala arahan doktor. Berilah kerjasama sepenuhnya kepada pihak hospital atau pusat rawatan dialisis. Ikuti segala keputusan, tahap darah, dan tahap kesihatan dari pusat rawatan tersebut. Dapatkan maklumat tentang bagaiamana untuk memperbaiki lagi tahap kesihatan anda.
    Sekiranya anda telah menjalani pembedahan buah pinggang, patuhi segala jadual pengambilan ubat. Awasi segala tanda jangkitan, komplikasi atau lain-lain penyakit yang datang.
  18. Ambil berat tentang keadaan emosi anda. Beri masa yang secukupnya untuk menyesuaikan diri. Mungkin anda akan mengalami kecelaruan dari segi perasaan tentang masa depan atau perubahan keadaan hidup dan hubungan dengan orang ramai. Adalah perkara biasa untuk sesorang mengalami saat-saat tidak menyenangkan.
  19. Mintalah bantuan jika anda memerlukan. Beritahu keluarga dan rakan-rakan, pesakit-pesakit buah pinggang yang lain dan juga doktor. Dapatkan bantuan dan sokongan mereka.
  20. Hargai kehidupan anda. Lakukan perkara-perkara yang berfaedah yang menggembirakan hidup anda.

Sunday, July 20, 2008

INFO RINGKAS HEMODIALISIS (HD) DAN DIALISIS PERITONEUM (CAPD)

HEMODIALISIS:
· Akses kekal diperlukan, lazimnya ditangan
· Perlu memasukkan dua jarum bagi setiap sesi dialisis
· Diet sangat terkawal dan pengambilan air yang terhad
· Tiada peralatan dialisis diperlukan di rumah
· Risiko jangkitan
· Risiko pendarahan
· Perlu berkunjung ke pusat dialisis tiga kali seminggu pada waktu yang tetap
· Tiga hingga empat jam untuk setiap sesi dialisis
· Ketidakselesaan seperti sakit kepala, loya, kejang otot kaki dan kelesuan

DIALISIS PERITONEUM (CAPD)

· Boleh dilakukan di rumah
· Boleh mengatur jadual sesi dialisis mengikut keselesaan
· Peralatan dialisis boleh ditempatkan dirumah
· Lebih masa untuk terlibat dalam aktiviti sukan dan riadah
· Boleh menjalankan tanggungjawab harian (sekolah/kerja) tanpa halangan
· Senang untuk melancong ke luar negara
· Boleh menjalani sesi dialisis sendiri secara bebas

REALITI DIALIS

· Tiada rawatan dialisis yang boleh menyembuhkan kerosakan fungsi buah pinggang. Walaubagaimanapun, sepanajng 30 tahun lalu kemajuan bidang perubatan membolehkan doktor mencipta fungsi normal buah pinggang.
· Dialisis boleh dimulakan bergantung pada keadaan kesihatan dan nasihat doktor renal. Pesakit yang didiagnosis dengan ESRF, tidak sesuai atau tidak mahu menjalani pembedahan buah pinggang, perlu memulakan dialisis lebih awal
· Sesudah memulakan dialisis, pesakit akan mendapati tahan kesihatannya lebih baik, termasuk pertambahan selera makan, kerana penyingkiran bahan kumuh dan lebihan cecair tubuh

Dialisis Peritoneum (CAPD)

Dialisis alternatif
Setelah 30 tahun dialisis peritoneum diperkenalkan, semakin ramai pesakit buah pinggang yang dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
PEMBEDAHAN pemindahan buah pinggang adalah usaha terbaik namun berhadapan dengan masalah mendapatkan organ penderma. Maka, rawatan dialisis menjadi harapan pesakit.
Sebelum memahami kebaikan dan keberkesanan rawatan dialisis peritoneum (PD), bayangkan senario ini. Seorang lelaki menghantar isterinya menjalani rawatan hemodialisis (HD) di sebuah klinik.
Kedua-duanya mungkin terpaksa mengambil cuti untuk berbuat demikian, dan ini sedikit sebanyak mengganggu komitmen dengan syarikat dan majikan.
Jika tidak mempunyai apa-apa sokongan kewangan, kekerapan sesi rawatan, belanja untuk penghantaran dan kos HD itu sendiri secara terkumpul akan meninggalkan kesan terhadap sosioekonomi keluarga untuk jangka masa panjang.
Untuk mengikuti jadual sesi rawatan HD yang tetap juga suatu kesukaran bagi sesetengah pesakit yang tidak punya akses dan bimbingan pihak yang dipercayai.
Semua ini bukan bertujuan untuk menganggap pesakit buah pinggang itu menjadi beban, tetapi hendak menerangkan betapa orang yang mengasihinya juga perlu berkorban jadual tugas, waktu dan tenaga selain wang ringgit.
PD memudahkan proses penyingkiran dan pemasukan semula cecair ke dalam tubuh melalui satu tiub yang dipasang pada abdomen.

Di negara ini sahaja, seramai 2,500 orang mengalami kegagalan renal peringkat akhir (ESRF) setiap tahun. Perangkaan tersebut adalah bersamaan 100 orang bagi setiap sejuta penduduk.
"Menjelang penghujung tahun 2006, seramai 15,000 orang menjalani dialisis di negara ini, iaitu kadar rawatan seramai 550 orang bagi setiap sejuta populasi," kata Presiden Jawatankuasa Penganjur Kongres Nefrologi Asia Pasifik (APCN) ke-11, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd Zaher.
Situasinya diburukkan lagi dengan peningkatan masalah diabetes dan hipertensi yang masing-masing membentuk peratusan penyebab sebanyak 57 peratus dan lapan peratus. Dua gangguan kesihatan ini dikenal pasti meningkatkan risiko penyakit buah pinggang dan bilangan pesakit ESRF.
Jika gagal mendapatkan rawatan yang sewajarnya, pesakit menghadapi kemungkinan kualiti hidup yang terjejas mahupun kematian awal gara-gara buah pinggang mereka tidak lagi mengumuhkan bahan buangan dan lebihan cecair dari sistem tubuh.
"Walaupun 90 peratus daripada pesakit buah pinggang di Malaysia memilih rawatan HD, maklumat tentang fleksibiliti PD semakin difahami dan mendapat pertimbangan. PD juga menjadi pilihan rawatan awal di kalangan pesakit di bawah usia 20 tahun," terang Zaki.

Pesakit ESRF mempunyai pilihan hidup yang lebih bermakna jika berpeluang menjalani pemindahan buah pinggang. Namun, hakikat kebanyakan pesakit buah pinggang bergantung kepada rawatan dialisis adalah kerana kekurangan organ penderma.
PD terbahagi kepada dua jenis iaitu dialisis peritoneum ambulatori berterusan (CAPD) yang melibatkan empat kali pertukaran bahan cecair yang masing-masing hanya mengambil masa selama 20 hingga 30 minit.
Yang kedua pula adalah dialisis peritoneum automatik (APD) yang boleh dilakukan pada waktu malam dengan bantuan sebuah mesin yang menyingkir dan mengisi semula kaviti abdominal dalam tubuh.
"Mungkin pesakit perlu membiasakan diri dengan fungsinya pada peringkat awal penggunaan. Lama-kelamaan, mesin itu akan berfungsi ketika mereka tidur tanpa mengganggu kualiti waktu istirehat mereka," kata Perunding Nefrologi di Jabatan Nefrologi Hospital Serdang, Dr. Goh Bak Leong
"Walaupun HD kekal sebagai kaedah rawatan konvensional bagi pesakit ESRF, telah muncul trend yang baru iaitu PD diterima sebagai pilihan rawatan di kalangan pesakit kerana tahap fleksibiliti yang lebih tinggi," ujar beliau.
Sebuah syarikat penjagaan kesihatan, Baxter, telah melancarkan terapi PD, iaitu sejenis terapi gantian renal yang berkesan dan selamat. Ia memberi pesakit daya gerak dan kawalan yang lebih tinggi, sekali gus menggalak kesejahteraan diri pesakit.
"Rawatan PD yang boleh dilakukan sendiri di rumah adalah satu kaedah yang berkesan bagi pesakit ESRF memandangkan ia menyenangkan urusan seharian mereka," jelas Goh. - HAMZAH ABDUL HAMID

Thursday, July 17, 2008

Puisi 1


Mesin hemodiaisis

denyutan salur
membawa cairan darahku
melingkari mesin diaisis
pergi dan kembali menyingkirkan
racun dan kotoran tubuh

aku hanya mampu berbaring
melihat seakan bayang-bayang maut
bermain-main di antara salur-salur darah
menyusuri urat nadi ke jantungku

hitam pekat darah merahku
mengalir hanyir kehitaman
tak pernah ku sedari
dibalik salur nadi
bertakung nyawa dalam jasadku
berpadu dalam pekat warna merahnya

aku terus terpaku disini
terbelenggu dalam lingkaran salur darahku
bertemankan sebuah mesin dialisis
yang diam dan sabar merawati

Sa’don Suraji
Pusat Dialisis Selayang
2 Ogos 06

Wednesday, July 16, 2008

RAWATAN DIALISIS


1. Sessi rawatan dialisis pertama biasanya akan dilakukan di bahagian Nuforogi dihospital kerajaan. Sesi pertama akan mengambil masa 2 jam. Pesakit akan mengalami sedikit pening dan kadangkala muntah. Itu adalah perkara biasa. Sesi kedua selang sehari selepas itu sesi dialisis akan memakan masa 3 jam dan seterusnya 4 jam untuk selang hari berikutnya. Dalam seminggu jadual ialah 3 kali, boleh pilih hari Isnin, Rabu dan Jumaat atau Selasa, Khamis dan Sabtu.
2. Hospital kerajaan akan memberi hanya tempoh dua minggu. Setelah tempoh itu hospital akan mengeluarkan surat untuk pesakit mencari pusat rawatan dialisis swasta. Mintalah senarai yang dicadangkan oleh pihak hospital
3. Banyak pusat dialisis swasta diibu kota dan Taman Perumahan. Bagi kakitangan Kerajaan, pihak pusat dialisis akan menguruskan rawatan dialisis dulu sementara mereka menuntut bayaran dari pihak JPA.
4. Biasanya pusat rawatan dialisis swsata akan mengenakan bayaran sebanyak RM 150 hingga RM 200 setiap sessi dialisis. Bagi kakitangan kerajaan kos rawatan ini ditanggung oleh pihak kerajaan dan Pusat Rawatan Dialisis Swasta boleh menguruskan pendahuluan rawatan dan urusan dengan pihak majikan dan JPA.
5. Bagi mereka yang bukan kakitangan kerajaan, mereka boleh memohon dengan Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitul Mal, Pusat Zakat dan Jabatan berkaitan untuk memohon bantuan kos rawatan atau subsidi.
6. Di pusat rawatan dialisis, kita akan diukur berat badan setiap kali sebelum dialisis diberikan. Berat badan diambil bagi mengukur berat kering (dry weight) sebelum mesin diprogramkan untuk mengeluarkan berat air dalam badan semasa dialisis. Dalam tempoh empat jam tekanan darah akan diambil sebanyak 4 kali iaitu sebelum dialisis, semasa dan selepas dialsisis. Selepas tamat tempoh 4 jam, ukuran berat badan diambil sebagai `dry weight’ dan direkodkan untuk menjadi petunjuk kepada sesi dialisis akan datang.
7. Setiap pesakit akan mempunyai buku catatan yang merekodkan setiap ukuran, tahap tekanan darah, tahap kesihatan dan tempoh dialisis yang dilalui. Hormon untuk menambah hemoglobin dalam darah juga akan disuntik selepas dialisis. Demikian juga dengan suntikan anti body sebulan sekali.
8. Sekiranya pesakit didapati kekurangan hemologbin dalam darah melalui sampel darah yang diambil, maka darah akan ditambah selepas sesi dialisis.
9. Pesakit boleh meminta jururawat memendekkan tempoh rawatan dialisis dari 4 jam ke 3 jam sekiranya tidak sihat dan tidak dapat meneruskan dialisis kerana faktor kesihatan
10.Pesakit juga boleh menjadualkan semula sesi 3 kali seminggu mengikut keperluan. Sebaik-baiknya jadual 3 kali seminggu dan minimum 3 jam setiap sesi perlu dipatuhi. Yang lebih baik ialah 3 kali seminggu dengan 4 jam setiap sessi.
11. Pusat Dialisis di Malaysia tidak menggalakkan pesakit makan ubat sebelum dialisis. Ini kerana dalam masa dialisis segala ubatan dilarut dan dibuang melalui proses dialisis. Tetapi di China, pengambilan ubat sebelum dialisis adalah dimestikan bagi pesakit buah pinggang.

FAKTA RINGKAS TENTANG BUAH PINGGANG (GINJAL)

Pengenalan Buah Pinggang
1. Terletak di pertengahan belakang di bawah tulang rusuk
2. Berat : 0.5% dari jumlah keseluruhan badan
Gejala Penyakit Kronik Ginjal
Di Malaysia, 2500 pesakit baru disahkan mengidapi kegagalan ginjal kronik yang memerlukan rawatan dialisis setiap tahun. Jumlah pesakit yang menjalani rawatan dialisis adalah 12,974 orang sehingga 31/12/05
Fungsi Ginjal
Mengawal keseimbangan paras garam galian badan
Mengawal proses penghasilan darah merah
Mengawal kesihatan dan ketumpatan tulang
Mengawal tekanan darah

Antara Punca Utama Penyakit Ginjal Kronik

· Kencing manis (52%)
· Glomerulonephritis (Inflamasi ginjal)
· Penyakit batu ginjal
· Darah tinggi
· Lain-lain termasuk pengambilan ubat tahan sakit berlebihan

Bagaimana anda boleh mengetahui anda mengidap penyakit ini

Jika anda menghadapi;

Darah tinggi
Kencing manis
Air kencing mengandungi darah dan /atau protin
Penyakit `autoimmune’ seperti SLE, Rheumtoid arhritis
Jika mengambil ubat tahan sakit, ubat tradisional dan herba
Ahli keluarga mengalami penyakit ginjal
Penyakit lemah jantung

Apakah symtom/tanda penyakit ini?

Penat, letih lesu
Loya, muntah dan tidak lalu makan
Bengkak kaki, muka dan badan
Susah bernafas
Kencing protein dan darah
Kekurangan kencing
Gatal kulit
Tiada symptom/tanda diperingkat awal penyakit

Bagaimana perlu kita jaga fungsi ginjal

Kencing manis dan darah tinggi adalah punca utama penyakit ginjal
Kawalan ketat tekanan darah dan paras gula adalah menjadi keutamaan
Perlu menjalani ujian saringan untuk pastikan ginjal sentiasa sihat

Apakah yang perlu dinasihatkan jika ahli keluarga anda berisiko untuk mendapat penyakit ginjal

Beritahu mereka untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor dan pastikan mereka menjalani ujian untuk ginjal

Ujian-Ujian Untuk Buah Pinggang

Ujian kencing untuk protein dan darah
Ujian darah untuk urea dan creatinine/paras fungsi ginjal
Tekanan darah
Ujian paras gula

Informasi boleh diperolihi;

The Freedom To Live Website ; http://freedomtolive.com.my/
National Kidney Faoundation website : http://www.nkf.org.myMalaysian Society of Nephrology Website: http://www.msn.org.my/

Definition, causes and symptoms

What is chronic kidney disease (CKD)?

Healthy kidneys function to remove extra water and wastes, help control blood pressure, keep body chemicals in balance, keep bones strong, tell your body to make red blood cells and help children grow normally. Chronic kidney disease occurs when kidneys are no longer able to clean toxins and waste product from the blood and perform their functions to full capacity. This can happen all of a sudden or over time.

What is acute renal failure?

"Renal" means related to the kidneys. "Acute" means sudden. So acute renal failure means the kidneys have failed suddenly, often due to a toxin (a drug allergy or poison) or severe blood loss or trauma. Dialysis is used to clean the blood and give the kidneys a rest. If the cause is treated, the kidneys may be able to recover some or all of their function.

What are the main causes of kidney disease?

Diabetes is the number one cause of kidney disease, responsible for about 40% of all kidney failure. High blood pressure is the second cause, responsible for about 25%. Another form of kidney disease is glomerulonephritis, a general term for many types of kidney inflammation. Genetic diseases, autoimmune diseases, birth defects, and other problems can also cause kidney disease.

I have diabetes. Will my kidneys fail?

Diabetes is a risk factor for kidney disease, but this does not mean your kidneys will fail. You can care for your kidneys by controlling your blood sugar and getting regular microalbumin urine tests to see if you are spilling even tiny amounts of protein. Even if you develop diabetic kidney disease, you can work with your doctor to keep your kidneys working as long as possible.

Can I catch kidney disease from someone who has it?

No. Kidney disease is not contagious. You cannot catch it from someone. Most kidney disease is caused by diabetes and high blood pressure, conditions that can run in families. If you are a family member of someone who has diabetes, high blood pressure, or kidney disease, it is a good idea to ask your doctor to check your blood pressure and kidney function at your checkup.
What are kidney stones?

A kidney stone occurs when substances in the urine form crystals. Kidney stones can be large or small. Large ones can damage the kidneys; small ones may be able to pass in the urine. Because crystals have sharp edges, passing even small stones can be very painful. Treatment depends on what the stones are made of.

What is PTH?

Parathyroid hormone (PTH) is produced by several small, bean-like parathyroid glands in your neck. Its "job" is to tell your bones to release calcium into your bloodstream. Too much PTH can become a problem in people with kidney disease.

Healthy kidneys convert a hormone called calcitriol to its active form of vitamin D. Calcitriol lets your body absorb calcium from food you eat. When your kidneys are not working well, they start to make less calcitriol-so even if you eat calcium, your body can't absorb it. PTH kicks in to make sure you always have enough calcium in your blood. Over time, this can weaken your bones.
A blood test can show if your PTH levels are above normal. If they are, your doctor may prescribe a form of active vitamin D.

I have a family member with polycystic kidney disease (PKD). Should I be tested?

Since 60-70% of people with PKD have a family member with PKD, asking your doctor about being tested seems like a good idea. The first test used for PKD is an ultrasound to look at the kidneys and see if there are cysts. No contrast dye is needed, so this is a non-invasive test. Learning more about PKD may help you to take better care of your kidney health. The PKD Foundation has free information that can help you. You can reach them at: 1-800-PKD-CURE, or visit their website ( http://www.pkdcure.org).

What are the symptoms of chronic kidney disease?

Knowing the symptoms of kidney disease can help people detect it early enough to get treatment. Symptoms can include:
  • Changes in urination -making more or less urine than usual, feeling pressure when urinating, changes in the color of urine, foamy or bubbly urine, or having to get up at night to urinate.
  • Swelling of the feet, ankles, hands, or face -fluid the kidneys can't remove may stay in the tissues.
  • Fatigue or weakness -a build-up of wastes or a shortage of red blood cells (anemia) can cause these problems when the kidneys begin to fail.
  • Shortness of breath -kidney failure is sometimes confused with asthma or heart failure, because fluid can build up in the lungs.
  • Ammonia breath or an ammonia or metal taste in the mouth -waste build-up in the body can cause bad breath, changes in taste, or an aversion to protein foods like meat.
  • Back or flank pain -the kidneys are located on either side of the spine in the back.
  • Itching -waste build-up in the body can cause severe itching, especially of the legs.
  • Loss of appetite
  • Nausea and vomiting
  • More hypoglycemic episodes, if diabetic


If you believe you have any of these symptoms, talk to your doctor about your concerns. This is especially important if you have a close family member who has kidney disease, or if you have diabetes or high blood pressure, which are the main causes of kidney failure.

How can I find out if I have kidney disease?

Kidney disease can be found through lab tests or by symptoms. High blood levels of creatinine and urea nitrogen (BUN) or high levels of protein in your urine suggests kidney disease. Diabetics should have a yearly urine test for microalbumin, small amounts of protein that don't show up on standard urine protein test.

If I have signs of kidney disease, what should I do?

After you have basic screening tests done, if you have signs of kidney disease, you should ask for a referral to a nephrologist, a specialist in treating kidney disease. A nephrologist will perform an evaluation then suggest medications or lifestyle changes to help slow the progression of kidney disease

All about CKD Definition, causes and symptoms

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG YANG DISEBABKAN OLEH DIABETES

  1. Teruskan mengurus diabetes anda dengan baik. Tahap glukosa darah yang tinggi, tekanan darah yang tinggi dan kandungan lemak dalam darah yang tidak normal merupakan faktor-faktor utana yang menyumbang kepada kerosakan berterusan buah pinggang anda. Itulah sebab betapa pentingnya untuk anda mengurus faktor-faktor ini dengan sebaik-baiknya agar dapat mengawal penyakit buah pinggang anda. Dalam kata lain, penjagaan diabetes yang baik boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang setelah ianya bermula (atau mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk terutama sekali apabila ianya dapat dikesan dari awal!). Berikut terdapat cara-cara untuk menjaga diabetes dengan baik dan lebih berkesan:
    Terus memastikan yang anda mencapai tahap sasaran yang disyorkan bagi glukosa darah, tekanan darah dan lipid dengan mengamal pemakanan yang sihat, mengawal pengambilan karbohidrat, melakukan aktiviti fizikal secara kerap dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Anda juga harus, mengambil ubat-ubat (jika dipreskripsikan) dan sentiasa memantau tahap glukosa darah anda di rumah. Keraplah berjumpa doktor anda bagi mendapatkan rawatan susulan terutama sekali untuk memeriksa tekanan darah dan tahap lipid anda.

    Sila rujuk jadual di bawah untuk membantu mencapai sasaran penjagaan diabetes anda dengan baik:
    Ujian Darah Tahap yang disyorkan
    Glukosa darah
    3.8 mmol/L - 6.1 mmol/L (ketika berpuasa)Dan kurang dari 7.8 mmol/L (selepas makan)
    HbA1c
    Kurang dari 6.5%
    Kolesterol LDL
    Kurang dari 2.6 mmol/L
    Trigliserida
    Kurang dari 1.7 mmol/L
    Kolesterol HDL
    Lebih dari 1.02 mmol/L
    Tekanan darah
    130/80 mmHg atau kurang
  2. Pemakanan Yang BetulMengurus diabetes sahaja adalah tidak mencukupi jika anda sudah menghidap penyakit buah pinggang disebabkan diabetes. Anda juga harus memastikan bahawa buah pinggang anda yang rosak itu tidak akan membahayakan badan anda. Salah satu daripada cara untuk anda menjaga kesihatan diri jika telah menghidap penyakit buah pinggang ialah melalui pengawalan pemakanan (diet).Apabila buah pinggang anda sudah tidak boleh berfungsi dengan betul, sisa buangan dan bahan-bahan lain akan berkumpul sehingga tahap yang membahayakan badan anda. Kawalan diet adalah penting untuk mengawal penyakit buah pinggang untuk mengelakkan pengumpulan berlebihan bahan-bahan ini (contohnya natrium, kalium, kalsium, fosforus, cecair dan bahan buangan protein) di mana buah pinggang yang sihat akan dapat membersihkan darah untuk manjaga keseimbangan badan. Anda harus bertanya doktor atau pakar diet anda untuk mendapatkan satu pelan diet, di mana ianya akan berfokus kepada nutrien-nutrien berikut:

    Protein diperlukan untuk penyelenggaraan, tumbesaran dan pembaikan tisu-tisu badan. Ia juga dapat membekalkan tenaga dan membantu anda melawan penyakit. Protein boleh diperolehi daripada ikan, telur, daging dan ayam. Apabila protein diuraikan dalan badan (proses metabolisma), ia akan menghasilkan bahan-bahan buangan. Salah satu daripada bahan buangannya dikenali sebagai urea. Kandungan urea yang tinggi dalam badan akan menyebabkan rasa loya, muntah dan hilang selera makan. Anda mungkin perlu memulakan diet yang rendah protein (tetapi tidak terlalu rendah) untuk memastikan kandungan bahan buangan masih dalam linkungan tahap yang boleh diterima disamping memastikan badan anda mendapat protein yang ia perlukan.

    Natrium membantu pengaturan kandungan cecair dan tekanan darah. Sumber yang paling biasa didapati ialah garam makan, walaupun ia memang terkandung dalam kebanyakan makanan. Natrium yang berlebihan akan mengakibatkan peningkatan cecair dalam badan serta tekanan darah yang tinggi. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan natrium contohnya tidak memakan makanan yang masin dan tidak menambah garam kepada makanan anda.

    Kalium diperlukan untuk saraf-saraf dan otot-otot termasuk jantung supaya berfungsi dengan normal. Makanan yang kaya dengan kalium termasuklah kentang, sayur-sayuran berdaun hijau dan pisang. Jika kandungan kalium (potassium) menjadi terlalu tinggi, ia akan menyebabkan kelemahan pada otot dan denyutan jantung yang tidak tetap. Justeru itu, anda perlu mengikuti pelan diet yang mempunyai kandungan kalium yang bersesuaian.

    Kalsium dan fosforus diperlukan untuk pembentukan tisu tulang. Walaubagaimanapun, kandungan fosforus yang tinggi pada buah pinggang yang sudah gagal berfungsi boleh menyebabkan kalsium larut lesap dari tulang-tulang anda dan menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Inilah sebabnya anda harus menghadkan pengambilan fosforus. Makanan yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi termasuklah susu dan produk tenusu yang lain serta kekacang.
  3. Mengawal pengambilan cecair Buah pinggang yang sihat dapat mengelakkan pengumpulan cecair dalam badan anda dengan menyingkirkan cecair berlebihan melalui urin. Itulah sebabnya, apabila buah pinggang anda sudah tidak berfungsi dengan baik, cecair akan terkumpul dalam tisu-tisu badan, saluran darah dan juga paru-paru anda. Ini akan memberi tekanan pada jantung anda, menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesukaran untuk bernafas. Anda juga mungkin akan mengalami tukaran dalam corak dan kekerapan urinasi (satu daripada petanda penyakit buah pinggang). Jadi, anda harus mengikuti nasihat doktor jika anda diperlukan untuk menghadkan pengambilan cecair dan merancang pengambilan cecair harian anda.# 4. Makan ubat-ubatan anda Doktor anda mungkin akan memberi ubat-ubat yang tertentu sebagai tambahan kepada aturan diet anda. Ubat-ubatan ini akan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi anda, meningkatkan kandungan kalsium dalam darah atau membantu keadaan-keadaan lain yang berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang. Anda haruslah sentiasa tekun untuk memakan ubat-ubatan anda.Peringkat akhir kerosakan buah pinggang haruslah dielakkan selagi boleh. Anda boleh mengelakkannya dengan mengawal penyakit diabetes dan penyakit buah pinggang anda secara serentak dan teliti. Dengan mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh doktor, anda mempunyai peluang yang baik untuk mengelakkan buah pinggang anda dari menjadi bertambah teruk. Walaupun anda sudah mengalami peringkat akhir kerosakan buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis (rawatan perubatan yang menggunakan mesin dialisis untuk mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan dalam badan terus daripada darah bagi mereka yang kegagalan buah pinggang), anda masih boleh mengawal penyakit menerusi penjagaan diet, mengawal pengambilan cecair dan mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor. Ini adalah kerana proses dialisis masih tidak dapat mengeluarkan kesemua bahan buangan dari badan anda. Walau bagaimanapun, keperluan diet, kawalan pengambilan cecair dan ubat-ubatan mungkin perlu sentiasa diteliti dan diubahsuai. Doktor anda akan dapat menasihati anda berasaskan keadaan semasa anda.

SATU PESANAN

Walaupun menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani hidup yang bermakna melalui penjagaan yang betul. Ada lagi berita baik: anda mempunyai kuasa penuh untuk mengelak atau mengawal penyakit buah pinggang disebabkan diabetes anda menjadi lebih teruk. Ambillah langkah positif ini untuk memulakan hidup yang sihat. Janganlah tunggu sehingga ianya menjadi sudah terlambat.

MENGESAN PENYAKIT BUAH PINGGANG

Langkah pertama penjagaan penyakit buah pinggang yang lebih berkesan ialah dengan mengesan penyakit ini pada peringkat awal-awal lagi. Pengesanan awal adalah penting terutama sekali jika anda seorang penghidap diabetes kerana penyakit ini akan menyebabkan anda berisiko tinggi bagi menghidap penyakit buah pinggang. Beberapa tanda-tanda dan gejala penyakit buah pinggang yang harus diberi perhatian termasuklah berat badan menurun tanpa sebab, rasa loya atau muntah, letih lesu atau sakit belakang. Tanda-tanda lain termasuk penukaran kekerapan atau corak urinasi, urin yang mengandungi darah atau rasa pedih ketika urinasi, bengkak pada muka, kaki dan abdomen dan kesukaran untuk tidur malam.


Malangnya, kesemua tanda dan gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang anda telah mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda atau simptom tersebut walaupun buah pinggang anda sudah tidak berfungsi lagi. Oleh sebab itu, anda tidak boleh bergantung kepada kesemua tanda dan gejala tersebut untuk mengesan penyakit buah pinggang dan sebaliknya menganggap yang anda tidak mempunyai penyakit tersebut jika anda langsung tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut.

Cara yang paling tepat untuk mengesan samaada anda mengalami sebarang kerosakan buah pinggang ialah dengan berjumpa doktor anda dan mengambil ujian urin untuk mengesan mikroalbumin dan protein. Kehadiran mikroalbumin (protein dalam jumlah yang kecil) dalam urin menunjukkan bahawa buah pinggang anda telah rosak. Ini terjadi kerana buah pinggang yang rosak tidak dapat menerima balik kebanyakan protein yang telah ditapis, menyebabkan kandungan protein dalam urin semakin meningkat. Kehadiran protein dalam kuantiti yang banyak dalam urin (makroalbuminuria - satu petanda lewat nefropati diabetes) boleh dikesan dengan satu ujian ringkas dengan mencelup stik pengesan ke dalam urin. Sebaliknya, untuk menentukan kandungan protein dalam urin yang sedikit (mikroalbuminuria) - satu petanda awal kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes, memerlukan suatu ujian khas.

Jika ujian menggunakan stik pengesan atau ujian mikroalbuminuria menunjukkan keputusan yang positif, adalah baik jika anda mengikut nasihat doktor dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, seperti tertera di bawah, untuk membantu anda mengelak atau melambatkan penyakit ini daripada menjadi bertambah teruk.

Tuesday, July 15, 2008

20 tips for a good life

Your life may be different when you have chronic kidney disease, but you can still enjoy it. Taking things one-step at a time is always the best way to tackle any change. Below are 20 tips to help you enjoy your good life:
  1. Learn all you can about kidney disease and especially your own condition. Work with your care team to find out how the information applies to you. Do what works best for you-whether it's talking to other people and asking questions, reading,
  2. Know that you can do this! Think of CKD as a challenge to be met head on. There are people and resources to help you become a partner in your care to help you live long and well with CKD.
  3. Learn about your medications, their proper dosages, names, and the purpose of each one. In some cases, medications-like certain classes of blood pressure pills-can slow the progress of kidney disease. Ask your doctor what can be done for you.
  4. Track your lab test values over time and learn what they mean. While your health care team knows a lot about kidney disease, you are the expert on you.
  5. Take charge and take action. If you don't understand something, or if something seems wrong, speak up! Talk with your doctor. Ask questions. Find out what you can do to improve your health.
  6. Find out the symptoms of CKD and report your symptoms to your doctor. Some problems, like fatigue, can be treated, so you have more energy and can feel your best.
  7. Work with your health care team to determine good dietary guidelines. Follow them as closely as possible and see how your diet affects your lab test values.
  8. Exercise regularly and sensibly.
  9. Stay employed. Even if you have to take some time off work to adjust to a new situation, try to work part-time or full-time. Keeping a job is a good way to stay active, plus your employee health insurance coverage will help pay for medical expenses that may arise.
  10. Do some research and planning for medical insurance and other financial considerations. Resources such as medical social workers, kidney patient organizations, Medicare and your state insurance bureau can help. Don't panic! Many resources are available to help you figure out how to manage financially or to provide help if you need it.
  11. Find out what your target blood pressure should be and work with your doctor to do what you must to keep it there. Research shows this can help slow the progress of kidney disease.
  12. If you have diabetes, blood sugar control can help slow the progress of kidney disease. If you're not sure how to improve your blood sugar control, ask your doctor for a referral to a diabetes educator.
  13. Be aware of the possible complications of kidney disease, including: anemia, metabolic acidosis, bone disease, cardiovascular disease, fluid overload, high potassium and phosphorus and others. Each of these can be detected with the right tests, plus there's a lot you can do to avoid the complications if you learn what to look for.
  14. If your kidney disease is severe, decide whether you will want to get on a transplant waiting list, or check out the possibility of a kidney transplant from a willing and suitable living donor.
  15. Visit a dialysis center to learn more about hemodialysis.
  16. If you're on dialysis, do all of the treatments your doctor orders. Work with your care team to feel your best. Monitor your Kt/V or URR (tests that measure whether your blood is being adequately cleaned) and other lab values over time; find out what to do to improve your test results, if they are not satisfactory.
  17. If you have a transplant, take all your medications on schedule. Watch for any signs of infection, rejection, or other illness.
  18. Pay attention to your emotions. Give yourself time to adjust and feel in control again. You may be dealing with uncertainty about the future or with changes in your lifestyle and relationships. It is normal to go through a period of upheaval.
  19. Ask for help when you need it. Talk to your family and friends, to other kidney patients, to your clergy, or to your health care team. Get the support you need.
  20. Cultivate your appreciation of life; do those things that are most meaningful and bring you the most joy.

Panduan 2

1. Buat temu janji dengan doktor di hospital kerajaan atau swasta sebaik merasa tidak sihat berpanjangan atau ada tanda-tanda berikut;

a. tekanan darah tinggi tidak turun, atau
b. hilang selera makan
c. turun berat badan mendadak dan banyak
d. kurang bertenaga
e. kencing yang kurang
f. bengkak tumit atau pergelangan kaki

2. Dapatkan ujian darah, ketahui tahap `creternine”dalam darah untuk menentukan tahap kegagalan buah pinggang. Rujuk Doktor

3. Dapatkan scan dan xray tentang saiz buah pinggang samada bengkak atau mengecut

4. Jika didapati dan disahkan tahap creternine dalam darah melebihi 400 dan ada tanda-tanda kegagalan buah pinggang, segera buat pembedahan Festula di lengan iaitu pembedahan kecil mencamtumkan urat darah kecil dan besar untuk memudahkan dialisis.

5. Festula dapat digunakan dalam tempoh 6 minggu. Dihospital kerajaan pembedahan adalah percuma bagi kakitangan kerajaan tetapi terpaksa menunuggu lama kira-kira 2 hingga 3 bulan disebabkan ramai pesakit sedang menunggu untuk giliran pembedahan. Jika ingin segera membuat pembedahan dapatkan perkhidmatan pembedahan dari hospital Swasta. Dicadangkan Pusat Rawatan Islam. Jumpa Doktor Rashid (Doktor Pakar Bahagian Nefrologi), buat pembedahan festulla, dengan kos sebanyak RM 800.00. Jika berkemampuan boleh buat di Hospital Swasta ( contoh Glenneagale) dengan Kos RM 2,000

6. Sementara menunggu festulla dapat digunakan, jumpa doktor untuk memasang saluran dialisis dileher, dan terus dapatkan sesi dialisis untuk kali pertama selama 2 jam dan berikutnya 3 jam dan seterusnya 4 jam untuk setiap 3 kali seminggu.

7. Saluran di leher hanya boleh digunakan dalam tempoh 3 bulan kerana mudah terdedah kepada jangkitan. Dalam tempoh itu saluran yang ditebuk dileher perlu dijaga dengan rapi dari sebarang kekotoran dan basahan mandi kerana mudah dijangkiti kuman.

8. Setelah tempoh 3 bulan, dan festulla telah matang untuk digunakan, pindahkan dialisis dari saluran dileher ke tapak festulla dilengah dengan dua suntikan dari keluar dan darah masuk.

9. Festulla hendaklah dijaga supaya matang dan dapat digunakan dengan melakukan exercise memicit bola kecil digengaman supaya timbul urat besar yang memudahkan dua suntikan dilengan. Jaga lengan dari mengangkat benda berat, ditindih atau gangguan ditangan tersebut.

10. Elok buat festulla dilengan sebelah kiri kerana sebelah kanan banyak digunakan untuk angkat barang bagi yang tidak kidal.

11. Festula boleh mati atau tidak berfungsi/ tidak ada trail jika terdapat gangguan ditangan atau mengalami tekanan darah rendah

12. Jika itu berlaku, segera jumpa doktor yang membuat pembedahan untuk memperbaiki dengan cara mengurut atau mengaktifkannya semula

13. Jika gagal berfungsi juga, buat festulla baru dibahagian lengan atas pada tangan yang sama.

14. Jika tidak dapat dilakukan minta dialisis dengan cara CAPD iaitu cucian air melalui pembedahan kecil di perut.

Panduan Bagi Bakal Pengidap Sakit Buah Pinggang

Berikut adalah panduan bagi mereka yang berpotensi mendapat penyakit buah pinggang;
  • Dapatkan perkhidmatan insuran kesihatan bagi memudahkan pemerikasaan kesihatan dan pembedahan di hospital swasta
  • Dapat pemeriksaan kesihatan menyeluruh setelah berumur lebih 40 tahun. Ini penting bagi mencegah atau merawat penyakit kronik di peringkat awal
  • Membuat pembedahan `festulla` di lengan seawal yang mungkin bagi mengelakkan pembedahan tebuk di leher untuk rawatan dialisis. Festulla dilengan hanya matang untuk digunakan dalam tempoh 6 minggu.
  • Kelebihan festulla dilengan ialah lebih stabil dan kurang jangkitan kuman berbanding dengan tebukan di leher.
  • Pastikan mendapat keputusan ujian darah, air kencing dan imbasan buah pinggang bagi membantu doktor merujuk tahap `creteninn`atau toksid dalam darah. Bagi orang biasa yang normal kandungan `cretenine dalam darah antara 100 hingga 200. Tetapi bagi pesakit buah pingang kandungan creternine boleh mencapa antara 300 hingga 1200.
  • Apabila merujuk kepada hospital kerajaan, doktor akan menasihatkan supaya rawatan dialisis kali pertama samaada melalui festulla (injection) atau tebukan saluran leher, selama 2 jam pertama, diikuti dengan 3 jam dan akhrinya 4 jam untuk dialisis hari-hari berikutnya sebanyak 3 kali seminggu.
  • Hospital Kerajaan Selayang hanya akan membantu memberi rawatan dialisis dalam tempoh 2 minggu. Selepas tempoh itu hospital Kerajaan akan mengarahkan pesakit mendapatkan rawatan dialisis di pusat-pusat dialisis yang disenaraikan.
  • Kos bagi rawatan dialisis di pusat dialisis swasta ialah antara RM 150 hingga RM 200 bergantung kepada pusat tersebut.
  • Sekiranya pesakit adalah kakitangan kerajaan, pusat dialisis tersebut akan menguruskan permohonan sararawat dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Sekiranya pesakit bukan kakitangan kerajaan, pihak syarikat tempat mereka bekerja boleh dirujuk.
  • Sekiranya pesakit tidak bekerja di mana-mana syarikat, beliau boleh merujuk kepada pihak Baitul Mal untuk mendapat bantuan ihsan bagi membiayai rawatan dialisis di pusat-pusat rawatan swasta

Monday, July 14, 2008

Menerima Hakikat Penyakit Kegagalan Buah Pinggang

Ketika Doktor Mohd. Azam dari Pusat Rawatan Islam mengesahkan bahawa saya mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, saya rasa tergamam. Terbayang segala kesukaran yang akan saya alami. Saya seakan tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya mengidap penyakit buah pinggang. Ini kerana saya telah banyak kali bergaul dengan rakan-rakan yang pernah mengidap penyakit buah pinggang dan tahu kesukaran-kesukaran yang mereka tanggung. Sejak itu saya telah berazam untuk mengelak dari mendapat penyakit ini. Malangnya hari ini saya disahkan mendapat penyakit yang sama.

Beberapa minit pertama memang jiwa dan fikiran saya kosong. Merasa seakan hidup sudah tidak bermakna dan ajal semakin hampir. Saya jadi seakan putus asa dengan kehidupan. Walau bagaimanapun saya cepat sedar bahawa hidup ini mesti diteruskan. Buat beberapa ketika saya rahsiakan perkara ini dari isteri dan anak-anak hinggalah saya betul-betul bersedia dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Bagi saya lagi cepat kita menerima kenyataan bahawa kita memang mengidap penyakit buah pinggang maka lagi mudah kita mententeramkan diri kita dan kita jadi lebih redha menerima kenyataan ini. Dengan segala pemeriksaan yang telah dilakukan oleh pakar Pusat Rawatan Islam saya pasti kegagalan buah pinggang saya itu adalah pasti dan akan terus memikirkan apakah langkah-langkah yang diambil untuk proses rawatan.

Penting untuk kita mengambil sikap bahawa semua penyakit ada ubat atau penawar dan semua penyakit ada kaedah rawatan. Dalam zaman sains dan teknologi kini banyak penemuan telah dicapai bagi memudahkan rawatan penyakit buah pinggang. Dengan jaminan doktor penyakit ini dapat dirawat dengan secara yang berkesan dan kita masih boleh menjalani kehidupan seperti sedia kala dengan beberapa peraturan dan disiplin perubatan. Doktor Azam telah menawarkan saya untuk membuat `festulla’ iaitu tapak untuk rawatan mencuci darah atau hemodelesis di tangan atau dilengan. Walau bagaimanapun oleh kerana saya memikirkan bagi menjimatkan kos pembedahan tersebut saya akan merujuk kepada hospital kerajaan. Maka saya keluar dari Pusat Rawatan Islam untuk menyambung rawatan di Hospital Selayang. Setelah mendapat temujanji maka saya merujuk kepada seorang doktor pakar buah pinggang iaitu doktor Gan di Hospital Selayang. Doktor Gan mencadangkan untuk membuat rawatan hemodelisis segera dengan menebuk saluran di leher sementara pembedahan festula dapat dibuat. Saya terpaksa merujuk kepada Pusat Rawatan Islam semula memandangkan Hospital Selayang hanya boleh melakukan pembedahan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan lagi mengikut giliran. Saya perlu melakukan pembedahan festulla di tangan di Pusat Rawatan Islam kerana saluran dialisis di leher hanya bertahan tidak kurang 3 bulan dan terdedah kepada jangkitan kuman.

Sikap Menerima Penyakit Kronik

Rencana ini ditulis untuk memberi panduan kepada pesakit buah pinggang dan juga kepada bukan pesakit yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Ia bukan sahaja sekadar maklumat tetapi merangkumi beberapa panduan asas bagaimana seharusnya sesaorang perlu lakukan apabila menghadapi situasi dihinggapi sesuatu penyakit kronik. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang telah disahkan mengidap penyakit kegagalan fungsi buah pinggang.

Penting untuk kita mengetahui status atau kedudukan kesihatan kita. Biar di peringkat mana pun usia kita, sekurang-kurangnya sekali dalam setahun kita perlu merujuk kepada pakar kesihatan tentang status kesihatan kita. Ini bagi memudahkan kita memantau dan mengambil langkah-langkah pencegahan atau pemulihan bagi mempastikan tahap kesihatan kita berada di tahap yang normal.

Persiapan mental dan fisikal juga merupakan dua aspek penting untuk kita menghadapi situasi penyakit kronik. Kita perlu menyediakan kekuatan mental kita untuk menghadapi segala kemungkinan penyakit kronik. Apabila kita merasa tubuh badan kita berada dalam keadaan kesihatan yang kurang baik, biasanya kita mengambil jalan mudah atau meremehkannya. Pada peringkat usia 40an, sebarang kelainan dalam tahap kesihatan kita perlu kita rujuk kepada pakar kesihatan. Ini disebabkan semua penyakit kronik biasanya bermula pada peringkat usia 40an dan ke atas.

Apa yang saya maksudkan dengan persiapan mental ialah kita mestilah bersedia dan rela untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Apa yang berlaku kepada kebanyakan orang ialah walaupun telah merasa tidak sihat tetapi masih enggan berjumpa doktor atau membuat pemeriksaan kesihatan. Alasannya mudah iaitu jika pemeriksaan mendapati sesuatu penyakit kronik mereka akan merasa lebih tertekan dan lebih baik tidak tahu mereka mempunyai penyakit kronik. Keadaan ini berlaku di semua peringkat usia. Biasanya apabila telah terpaksa dan tahap penyakit berada dalam keadaan kritikal atau diperingkat akhir sahaja mereka bersedia untuk menjalani pemeriksaan atau rawatan dihospital.

maklumat ini juga ditulis bagi memudahkan bakal pesakit atau pesakit kronik khususnya penyakit buah pinggang mendapat maklumat tentang apa yang seharusnya dilakukan, apa yang tidak harus dilakukan sebagai panduan. Yang penting ialah bagaimana menerima hakikat bahawa sesuatu penyakit kronik telah menimpa kita dan bagaimana kita menghadapi hari-hari bersama penyakit tersebut. Sikap positif dan disiplin yang betul penting bagi mempastikan walaupun kita menghadapi penyakit kronik, kita masih boleh menikmati kehidupan yang bermakna.

Menerima Hakikat Berpenyakit Kronik

Tidak semua orang dapat menerima hakikat bahawa dirinya mengalami penyakit kronik. Reaksi awal ialah cuba menafikan penyakit itu serius atau kronik. Pelbagai alasan dibuat untuk tidak membuat pemeriksaan. Enggan pergi ke hospital atau meminta nasihat doktor, cuba mencari jalan singkat dengan membeli ubat-ubat tradisional atau daripada farmasi. Ini bukan sahaja mempercepatkan berlakunya penyakit kronik malahan boleh menyebabkan maut.

Sering juga berlaku pesakit sedar bahawa dirinya berpenyakit kronik tetapi masih tidak bersedia untuk membuat pemeriksaan dengan alasan belum bersedia dan berbagai alasan lagi. Sehinggalah sesuatu berlaku seperti tumbang (collapes) atau pitam yang terpaksa dirujukkan ke unit kecemasah hospital. Ketika itu pesakit akan mula mengeluh tentang perbagai perkara antaranya;

kenapa dia ditimpa penyakit
tidak sepatutnya dia ditimpa panyakit
apakah dosa dan kesalahannya yang menyebabkan dia diberi penyakit
sepatutnya orang lain yang mendapat penyakit
dengan gaya hidup aktif, bersenam, bersukan, tidak merokok dan mengamalkan pemakanan sihat tidak sepatutnya dia ditimpa penyakit

Persoalan tersebut di atas selalu bermain difikiran pesakit kronik apabila disahkan berpenyakit kronik. Jika perkara itu berterusan, ia akan menyebabkan gangguan emosi seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, bersikat pesimis atau negetif, dan yang lebih penting lagi mudah dijangkiti penyakit lain yang lebih kronik lagi.

Langkah yang perlu diambil sepatutnya ialah menerima hakikat bahawa kita telah ditimpa penyakit kronik dan bersedia serta redha dengan ketentuan Tuhan yang memberikan kita penyakit itu. Kita perlu mengatakan kepada diri kita sendiri seperti berikut;

aku redha dan pasrah dengan penyakit yang Tuhan turunkan kepadaku
aku akan menerima apa sahaja pemeriksaan, nasihat dan rawatan doktor.
aku akan menjalani dan melalui segala pengalaman sebagai pesakit yang disahkan kronik
mesti ada hikmah disebalik penyakit yang diturunkan kepada kita
mengenali sedekat dekatnya tentang penyakit yang kita alami
mengetahui semua kemungkinan yang kita alami dengan penyakit ini.
memberi tahu keluarga terdekat dan sanak saudara serta jiran tetangga tentang penyakit yang kita alami
berkongsi atau berkenalan dengan pesakit lain tentang penyakit yang kita alami
menjadikan hospital atau pusat rawatan sebagai rumah kedua
menerima hakikat kita telah hilang keupayaan dan sedikit kebebasan

Dengan mengambil sikap tersebut, jiwa kita akan merasa lebih tenteram, emosi kita lebih stabil dan sikap positif yang terbentuk itu akan menyebabkan penyakit kita lebih mudah ditangani.

Banyak kajian menunjukkan sikap positif pesakit itu sendiri telah menyebabkan penyakit yang dideritai itu dapat dipulihkan. Namun untuk bersikat positif terhadap penyakit yang kita alami merupakan satu cabaran yang besar. Ia menuntut kepada disiplin yang tinggi serta kemahuan yang besar. Ia memerlukan masa dan kesabaran.

Sunday, July 13, 2008

pengenalan

Assalamualaikum,

Syukur saya hidup kembali. Kesyukuran ini wajib saya panjangkan kepada rakan-rakan dan siapa sahaja seluas-luasnya. Tuhan sembuhkan sepenuhnya saya dari penyakit kegagalan buah pinggang setelah menjalani pemindahan organ. Sungguh, tidak semua orang mendapat peluang kedua, malah sebahagian yang telah mendapat peluang pun tidak berjaya meneruskannya. Alhamdullillah sesudah menjalani pembedahan dan melalui semua prosedur pemulihan dan rawatan kini saya mampu menjalani kehidupan normal yang lebih baik. Yang lebih penting ialah saya untuk saya berkongsi pengalaman ini untuk semua orang, baik pada yang masih sihat atau pun yang berpotensi untuk mengalami penyakit kronik ini, atau mereka yang sedang menderita dengan penyakit ini. Mudah-mudahan pengalaman ini akan menjadi panduan dan PENAWAR jiwa kepada pembaca ruangan ini.

Pertama, saya akan ceritakan bagaimana kehidupan sebelum mendapat penyakit buah pinggang

kedua, tanda-tanda awal penyakit

ketiga, pengalaman detik-detik akhir kegagalan buah pinggang

keempat, pemeriksaan dan pengesahan penyakit buah pinggang

kelima, persiapan dan pembedahan untuk rawatan hemodelisis

keenam, rawatan hemodelisis, persiapan dan kesan-kesannya

ketujuh, cadangan pemindahan buah pinggang

kelapan, persiapan dan maklumat pemindahan buah pinggang dalam negara dan luar negara

kesembilan, pembedahan dan pemindahan buah pinggang di Negara Cina

kesepuluh, pengalaman menjalani rawatan dan pemindahan buah pinggang di Negara Cina

kesebelas, rawatan susulan dan perubatan dalam negara selepas pembedahan di Cina

keduabelas, kehidupan selepas pembedahan

kesemua peringkat ini akan saya muatkan dalam ruangan ini secara bersiri supaya pembaca mendapat gambaran yang jelas tentang isu kesihatan yang melibatkan penyakit kronik kegagalan buah pinggang.

sekian untuk kali ini, InsyaAllah berjumpa disiri seterusnya


Wassalam
Terima Kasih,