Tuesday, July 22, 2008

PEMBEDAHAN PEMINDAHAN BUAH PINGGANG

Pembedahan di Malaysia

Ia merupakan kaedah rawatan pemulihan selain hemodialisis dan CAPD.
Pesakit akan dibedah untuk dipasangkan sebelah buah pinggang untuk membolehkannya berfungsi seperti biasa
Perlu ada penderma di kalangan keluarga, seperti adik beradik, isteri, ibu bapa dan saudara mara. Peraturan di Malaysia tidak membolehkan bukan pertalian keluarga mendermakan buah pinggangnya.
Penderma di kalangan ahli keluarga hanya diperlukan sebelah sahaja buah pinggang. Pesakit dan penderma boleh menjalani kehidupan biasa dengan sebelah buah pinggangn sahaja
Penderma akan dikehendaki menjalani ujian kesihatan dan pemeriksaan dan pemantauan selama 6 bulan sebelum dibenarkan mendermakan buah pinggang, bagi mempastikan penderma dan penerima buah pinggang sihat dan tidak menghadapi sebarang komplikasi.
Pembedahan boleh dijalankan di hospital kerajaan dengan percuma sekiranya ada penderma di kalangan ahli keluarga.
Penderma mesti mempunyai group darah yang sama dengan penerima.
Setelah menjalani ujian keserasian (cross match), dan berjaya mencapai keserasian yang tinggi, pembedahan akan dilakukan serentak antara penderma dan penerima
Bagi penderma pembedahan dilakukan untuk mengambil sebelah buah pinggangnya.
Bagi penerima, pembedahan dilakukan untuk memasang sebelah buah pinggang, tanpa membuang dua buah pinggang yang telah rosak.
Setelah selesai pembedahan lebih kurang 6 jam, kedua-dua penderma dan penerima dirawat di ICU untuk pemulihan selama lebih kurang 10 hari.
Selepas itu penerima buah pinggang dikehendaki mengambil ubat anti rejection sepanjang hidupnya dan ubat lain yang diperlukan bagi membolehkan buah pinggang baru dapat diterima oleh sistem badan.
Untuk tempoh selama lebih kurang 4 hingga 6 bulan, penerima tidak digalakkan untuk bergerak bebas, perlu dikurantin, dan perlu memakai topeng `mask’ sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan untuk mengelakkan jangkitan kuman kerana sistem antibody telah dilemahkan bagi membolehkan sistem badan tidak menolak organ baru.
Hospital Selayang dan Hospital HUKM adalah diantara hospital kerajaan yang menjalankan pembedahan pemindahan buah pinggang secara percuma atau dengan kos yang minimum berbanding dengan kos pembedahan di luar negara.
Pesakit perlu mendaftarkan diri untuk disenaraikan sebagai penerima derma organ buah pinggang dari penderma yang dikenalpasti oleh pihak hospital.
Bagi pesakit buah pinggang di Malaysia sekiranya tiada penderma dari kalangan keluarga, mereka mungkin terpaksa menunggu penderma organ dalam tempoh yang agak lama, mungkin sehingga 5 hingga 10 tahun, berbanding dengan negara lain seperti di Singapura, Australia dan New Zealand yang hanya menunggu penderma dalam tempoh lebih kurang 3 hingga 6 bulan. Ini disebabkan budaya menderma organ di kalangan rakyat Malaysia masih belum menjadi amalan walaupun telah terdapat fatwa yang membenarkannya (khususnya di kalangan umat Islam)

3 comments:

Anonymous said...

salam tuan,

saya ingin bertanya, tuan lakukan pembedahan di Cina itu, adakah mendapat penderma dari negara berkenaan?

Unknown said...

salam .boleh saya dapat kan number untuk hubungi tuan .. sangat urgent

azuonie corner said...

Boleh saya tahu anggaran kos pembedahan buah pinggang di hospital kerajaan.situasinya penderma adalah penderma yg telah mati.